MY FOLLOWERS

Friday, January 6, 2012

Artikel - Air Tangan Orang Yang Tidak Solat

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Yahoo Images


Assalamualaikum...


Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam."

Nak dijadikan cerita, Allah jadikan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila sudah dapat anak, lelaki ni pun menjadi runsing. Dia sudah bernazar untuk minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, jika bernazar benda yang haram, maka tidak perlu tunaikannya tetapi dikenakan denda (dam) atau sedekah. Berbeza di zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tersebut.


Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak tadi dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.

Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki itu tidak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tersebut. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi.

Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.

Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tidak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb.

Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan mahu biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tergamakkah anda?


Lain pula dengan kita. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Kita tidak tahu jika ada pula segelintir tukang masak yang tidak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab itu kita jadi semakin liat untuk buat kerja-kerja yang baik.

Berhati-hati dengan apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril a.s.

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”.

Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir dan batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala.


1 comment:

nabByla said...

tp kbykan tukg masak kt kdai makan tue bknnye solat pun... huuuu..

btw dah follow awk.. :)