MY FOLLOWERS

Friday, January 27, 2012

Hidupan Liar - Hidupan Laut Yang Jarang Ditemui Muncul di Pelabuhan Seattle

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum..

Ribbon seal

Seorang wanita penduduk Seattle baru-baru ini dikejutkan dengan kehadiran seekor haiwan berbulu yang kelihatan aneh. "Haiwan ini terjaga dan terbaring di pelabuhannya. Ia tidak berbuat apa-apa kecuali berehat dan tidur sahaja," kata Matthew Cleland, penyelia daerah di bahagian barat Washington kepada USDA's Wildlife Services, dan juga penerima foto haiwan berkenaan. 

"Saya fikir ia seekor haiwan yang menarik, tetapi tidak tahu ia haiwan apa." kata Cleland kepada OurAmazingPlanet. Dia ke pejabatnya untuk membuat rujukan sepintas lalu dan mendapati ia adalah anjing laut jenis ribbon seal, spesis haiwan Artik yang menghabiskan kebanyakan hidupnya di laut dengan berenang di kawasan air yang dingin sekitar Alaska dan Russia. 

Walaubagaimana pun, haiwan ini muncul di pelabuhan wanita tersebut, sebatu dari sungai Duwamish, kawasan laluan air industri yang melalui bahagian selatan Seattle. 



4 comments:

Wahidah said...

zaman sekarang byk benda2 pelik n jarang berlaku..tp berlaku kan...:)

LadyBird said...

binatang tu tidur mcm manusia plak

SyEraa said...

nice one!!!!!!!! :)

THE GREEN said...

wahidah: bila dah di akhir zaman, mcm2 la blh berlaku. kdg2 tak terjangkau dek akal pun..

ladybird: tido mengiring... :-)

syeraa: ya :-)