MY FOLLOWERS

Saturday, January 21, 2012

Sekadar Luahan - Manusia Memang Tak Pernah Puas...

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum....




Pernahkah anda lalui keadaan sebegini?

Buat kerja seperti biasa, anda ikut segala peraturan syarikat, jaga tingkah laku tetapi apa yang anda dapat di akhirnya ialah kata-kata kesat serta luahan tidak puas hati orang lain terhadap anda. Segala yang baik-baik yang anda kerjakan sebelum itu semuanya sudah tidak diendahkan biar pun sudah berpuluh tahun mencurah keringat. Pandangan mata ditutup daripada melihat kebaikannya sebaliknya yang buruk itulah yang selalu dicanang. Itulah yang diingat sampai ke mati. Marah? Sedih? Nak nangiiiiiisss???? Memang patut pun!

Ibaratkan di depan anda ada sebuah papan putih dan ada satu titik hitam di tengahnya. Yang akan dilihat pastinya titik hitam ini dan bahagian putih yang mewakili kebaikan dilupakan begitu sahaja.

Itulah sebahagian daripada lumrah manusia. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya. Mungkin dia seorang sahaja yang nampak begitu sedangkan yang lain adalah sebaliknya. Bukankah setiap orang punya pandangan atau perspektif berbeza terhadap seseorang atau sesuatu? Apa yang bagusnya dengan sikap suka menyibuk dengan perangai orang lain? Atau patut ditanya, apa yang bagusnya mencari kesalahan dan keburukan orang lain? Ambil pengajarkah? Setahu saya dan sepanjang yang dapat saya lihat, dalam masyarakat kita, ia lebih kepada menjadi bahan mengumpat dikala duduk-duduk bersembang bersama rakan sekepala. 

Memang nak kene nieeee.... nampak pisau nie??!



Tidak fikirkah orang yang mencanang itu akan kesannya terhadap mangsa kata-katanya itu jika ia sampai ke pengetahuan si mangsa dan bagaimana perasaannya? Jika saya adalah mangsanya, marah adalah pasti dan sekali-sekala apabila teringat, timbul juga perasaan ingin mencari dan membunuhnya. Masakan tidak, manusia sebegini akan bawa lebih banyak keburukan kepada yang ada di sekelilingnya umpama virus.

Adakalanya lebih baik juga duduk dengan 'mat salleh' kerana dari satu segi, mereka ini mengamalkan budaya pemikiran berbeza seperti tidak terlalu melihat kesalahan orang dan lebih suka melihat apa yang anda mampu buat secara positif. Sebab itulah mereka mampu maju jauh ke depan seperti juga bangsa Jepun yang sentiasa terkenal dengan kreativiti, sifat rajin dan disiplin dalam setiap aspek kehidupan.

Kita pula sebaliknya. Kenapa mentaliti kita suka melihat yang buruk-buruk pada orang lain sedangkan yang baik-baik itu lebih banyak? Sehinggakan sangat susah untuk mendapat kawan yang tidak mencari kesalahan orang lebih-lebih lagi dengan bahasa yang kesat. Dalam 30 orang, mungkin hanya dua atau tiga orang yang terbaik. Mencari kita bukan sekadar atas dasar sesuatu kepentingan tetapi atas dasar kawan.

Jika diikut sahaja yang merungut itu, mesti dirasakan betul di matanya dan dia akan berasa puas bila keadaan kita pada waktu itu sudah mengikut kehendaknya. Namun yang lain pula mungkin akan nampak kita ini seperti pelik. Jika diikut yang lain pula? Tidak perlulah fikir, sama juga....

Jadi yang perlu dibuat ialah menjadi diri sendiri. Ambillah segala yang positif daripada setiap orang sebagai panduan buat diri, buanglah yang negatif.


No comments: