Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum..
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum..
Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya: “Jika ada seseorang berkata: "Orang ramai sekarang ini sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." Hadis Riwayat Muslim
Penerangan Hadis: Iman Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus Shalihin, beliau memberi penjelasan seperti berikut:
"Larangan semacam di atas itu (larangan berkata orang ramai sudah rosak) adalah untuk orang yang mengucapkan sedemikian dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri ('ujub) sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini HARAM".
"Adapun orang yang berkata seperti itu kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan ini tiada salahnya.”
Hadis ini boleh menjadi peringatan kepada kita semua semasa membincangkan dan menghuraikan masalah-masalah umat Islam sekarang ini. Maka apabila kita membincangkan masalah-masalah umat Islam dewasa ini maka janganlah kita merasa 'ujub dengan diri kita sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menuduh orang lain.
Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini diketengahkan, biarlah pendedahan itu dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain. Tidak salah membincangkan kerosakan yang berlaku, namun janganlah sampai menganggap diri kita PERFECT dan orang lain tidak setanding dengan kita.
Mudah-mudahan Allah s.w.t. dengan limpah kurniaNya memberikan kepada kita rahmat, taufiq dan hidayah. AMIN.
1 comment:
Perbetul kan diri sendiri dan nasihatilah yang lain dengan tujuan peringatan kepada diri sendiri juga (:
Post a Comment