Kredit kepada: Wikipedia, Blog
Gambar ihsan: Yahoo Images, Blog
Assalamualaikum....
Perhatikan baik-baik anak mata Mila Kunis dalam foto ini. Adakah kedua-duanya sama atau berbeza?
Heterokromia merujuk kepada keadaan corak warna yang berbeza yang kebiasaannya disebabkan iris, selain rambut dan kulit. Heterokromia adalah hasil daripada kekurangan atau berlebihan melanin dalam tubuh seseorang. Faktor yang menyumbang berlakunya keadaan ini adalah ia diwarisi melalui keturunan, penyakit atau sesuatu sindrom, atau disebabkan oleh kecederaan. Ia bukanlah suatu penyakit berbahaya cuma berbeza sahaja. Ramai yang menghidap 'penyakit' ini masih mampu melalui kehidupan seperti biasa.
Keadaan ini adalah luar biasa bagi kalangan manusia tetapi adalah sesuatu yang biasa berlaku pada haiwan seperti anjing dari jenis Dalmatian atau Australian sheep dog, kucing atau kuda.
Warna iris pada mata secara spesifiknya ditentukan oleh kepekatan dan agihan melanin. Mata yang menerima kesan boleh menjadi sama ada hiperkromik atau hipokromik. Di kalangan manusia, melanin yang berlebihan akan menyebabkan hiperplasia pada tisu iris manakala kekurangannya pula akan menyebabkan hipoplasia.
Dalam satu heterokromia penuh (complete heterochromia), sebelah mata akan mempunyai warna berlainan daripada yang sebelah lagi. Dalam heterokromia separa (partial heterochromia) atau sektoral (sectoral heterochromia), hanya sebahagian daripada iris dalam sebelah mata berlainan warna daripada selebihnya. Manakala sebelah mata lagi akan berwarna lain.
KLIK SINI untuk bacaan lanjut. Foto haiwan dengan heterokromia serta penjelasan klasifikasi keadaan ini turut disediakan.
Jika ia berlaku disebabkan kecederaan, ia boleh terjadi disebabkan pendarahan, glaukoma atau ubat yang digunakan untuk merawatnya, keradangan yang ringan/lembut (mild inflammation), objek asing yang masuk ke dalam mata atau sindrom Waardenberg.
KLIK SINI untuk bacaan lanjut.
Di kalangan selebriti Hollywood, ramai yang menghidap 'penyakit' ini. Antaranya Dan Aykroyd, Kate Bosworth, Mila Kunis, Keifer Sutherland dan Christopher Walken. Anda boleh KLIK SINI untuk lihat lagi.
No comments:
Post a Comment