MY FOLLOWERS

Friday, January 20, 2012

Artikel - Alat Untuk Mengukur Kesejahteraan Rakyat Negara Ini (Bhgn 1)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Syok.Org



Assalamualaikum...

Berdasarkan kenyataan di halaman ini, segalanya bermula dan berpunca selepas peperangan antara Amerika Syarikat dengan Vietnam. Sejak dari itu, sistem matawang dunia berubah dan menggunakan matawang bergelar wang fiat..

Apa yang hendak disampaikan di sini ialah berkenaan KDNK. Apa itu KDNK?

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi
nasional. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barang dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu (lazimnya dalam tahun kalendar). Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barang dan
perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. 

KDNK boleh dikira menggunakan kaedah perbelanjaan (expenditure approach):
 
KDNK = penggunaan ( consumption atau "C" ) + pelaburan kasar (gross investment atau "I" ) + perbelanjaan awam (government spending atau "G" ) + (eksport atau "X" w22; import atau "M" ), 

atau,
 
KDNK = C + I + G + (X-M)
 
Di mana penggunaan adalah perbelanjaan isi rumah tangga; pelaburan kasar oleh sektor industri; perbelanjaan awam oleh kerajaan; dan eksport dan import melibatkan sektor luar negeri.
 
KDNK juga boleh dikira menggunakan kaedah pendapatan (income approach):
 
KDNK = sewa + upah + bunga + keuntungan
 
Di mana sewa adalah pendapatan pemilik untuk faktor pengeluaran tetap seperti tanah; upah untuk tenaga kerja; bunga untuk pemilik modal; dan keuntungan untuk pengusaha.


Ada apa dengan KDNK? Sejauh mana bagusnya KDNK?

Yang kaya semakin kaya, yang miskin papa kedana. Satu fenomena adanya jurang pendapatan yang besar dalam sesebuah negara dan dunia amnya.

Mengikut Laporan Bank Dunia Kaum Majoriti iaitu 80% dari penduduk dunia hanya menguasai 20% kekayaan dunia. Ini bermakna bahawa kekayaan dunia ini hanya perhimpun kepada puak minoriti, ini membuktikan kepada kita bahawa adanya jurang pendapatan. Ini bermakna KDNK (GDP) dan KNK (GNP)bukanlah alat yang tepat untuk mengukur 'kesejahteraan' sesebuah negara.


Kaki hutang: AS setanding Itali, Belgium


WASHINGTON 4 Ogos - Hutang kasar Amerika Syarikat (AS) melonjak kepada AS$238 bilion (RM6.9 trilion) sehingga 100 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu selepas had tertinggi hutang dinaikkan, menurut Perbendaharaan negara itu. Ini bermakna jumlah hutang yang dimiliki oleh negara kuasa besar dunia itu adalah lebih daripada pendapatannya.

Perbendaharaan menambah lebih AS$200 bilion (RM580 bilion) sebagai komitmen segera selepas Presiden Barack Obama memeterai perjanjian rangka untuk menaikkan jumlah tertinggi hutang. Liabiliti-liabiliti sementara telah dikeluarkan daripada imbangan kira-kira Kerajaan Persekutuan sejak 16 Mei lalu apabila komitmen Perbendaharaan mencecah AS$14.29 trilion (RN41.44 trilion).

Jumlah pinjaman baharu itu menjadikan jumlah hutang awam meningkat kepada AS$14.58 trilion (RM42.28 trilion) sehingga akhir tahun 2010 dengan KDNK berjumlah AS$14.53 trilion (RM42.13 trilion), sekali gus meletakkan AS dalam liga negara memiliki hutang tinggi seperti Itali dan Belgium. Dengan perkembangan terbaharu itu, AS kini menyertai kumpulan negara-negara yang memiliki hutang awam melepasi KDNK termasuk Jepun (229 peratus), Greece (152 peratus), Jamaica (137 peratus), Lubnan (134 peratus), Itali (120 peratus), Ireland (114 peratus) dan Iceland (103 peratus), mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Dana Kewangan Antarabangsa.

Kali terakhir hutang AS melepasi ekonomi tahunannya adalah pada 1947, selepas Perang Dunia kedua. Menjelang 1981 hutang itu merosot kepada 32.5 peratus. - AFP.

Sumber : Utusan Online, 05/08/2011

Sumber

No comments: