Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum....
Di bawah ini adalah sebahagian daripada 208 spesis baru yang ditemui sepertimana diberitahu oleh saintis tahun lalu di sungai Mekong di rantau Asia Tenggara seperti yang diumumkan oleh kumpulan pemuliharaan hidupan liar pada Isnin, 12 Disember 2011.
Foto yang tidak bertarikh ini diberikan oleh World Wide Fund for Nature (WWF), menunjukkan cicak gecko psikedelik yang baru ditemui di Vietnam. Cicak ini ditemui di pulau Hon Khoai, jajahan Ca Mau, selatan Vietnam.
Burung siul daun batu kapur (limestone leaf warbler) atau nama saintifiknya Phylloscopus Calciatilis yang dikeluarkan oleh WWF, dinamakan sedemikian kerana ia membiak dalam karst batu kapur dan ia ditemui di Laos. Burung siul ini menghasilkan bunyi siulan yang kuat dan unik. Saintis menemui dua spesis baru setiap hari di kawasan Greater Mekong.
Seekor neut (Tylototriton notialis) ditemui di Laos pada 2010 merupakan spesis pertama direkodkan daripada genus Tylototriton dari Laos.
Cicak yang boleh mengklon dirinya sendiri (Leiolepis ngovantrii) ditemui pada pemberian yang tidak bertarikh yang dikeluarkan kepada Reuters oleh WWF pada 12 Disember 2011. Antara hidupan dengan ciri istimewa yang turut ditemui ialah cicak yang mampu membiak secara klon tanpa mengawan dengan cicak jantan.
Foto tidak bertarikh ini diperoleh daripada Fauna & Flora International, menunjukkan seekor monyet dengan rambut ala "Elvis" yang ditemui di Myanmar pada 2010.
No comments:
Post a Comment