MY FOLLOWERS

Monday, January 23, 2012

Berita - Protes Larangan Memakai Tudung di Sekolah

Kredit kepada: Arrayah
Gambar ihsan: Sinar Harian


Assalamualaikum....

Perkara sebegini bukanlah suatu perkara baru, malah sebelum ini juga pernah disiarkan di akhbar berikutan sikap prejudis golongan tertentu yang menghalang pemakaian tudung di sekolah buat pelajar Islam. Kalau tidak silap, di Singapura. Kononnya untuk menyelaraskan keadaan supaya semuanya sama di sekolah (maknanya semua pelajar perempuan mesti nampak rambut dan tidak bertudung). Begitu juga dengan isu pelajar lelaki yang ke sekolah memakai serban yang turut mendapat perhatian dalam akhbar suatu masa dahulu. 


Terbaru, Sinar Harian semalam (11.1.2012) mendedahkan perkara sama yang berlaku di sebuah sekolah di Bangkok, Thailand. Ratusan penduduk Islam berhimpun secara aman di hadapan Pejabat Perdana Menterinya sebagai membantah tindakan sebuah sekolah aliran Buddha yang melarang pelajar Islam memakai tudung di sekolah. Tindakan sekolah itu dikatakan bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran memandangkan seorang pelajar mempunyai hak untuk memilih pakaian seragam. 

Turut dinyatakan, pihak Kementerian Pelajaran di negara terbabit sudah menghantar surat menyatakan tindakan sekolah terbabit sebagai salah laku. Pun begitu, kumpulan aktivis Muslim Group for Peace mendakwa pihak pengurusan sekolah dan beberapa gurunya masih enggan mengajar atau membenarkan pelajar berkenaan memasuki sekolah ekoran daripada isu tersebut.

Menteri Pelajarannya, Woravat Auapinyakul juga menegaskan bahawa setiap pelajar mempunyai hak dalam memakai pakaian seragam mengikut aliran agama masing-masing berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian negara tersebut.


Sumber: (Arrayah dan Sinar Harian)

No comments: