MY FOLLOWERS

Sunday, January 15, 2012

Berita - Sanggup Membunuh Demi Keselamatan Anak

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum...

Kejadian berlaku di Oklahoma. Seorang ibu muda, Sarah McKinley bersama anak lelakinya berusia 3 bulan berada dalam rumah ketika dua orang penceroboh memecah masuk ke dalam rumahnya. Seorang daripadanya bersenjata pisau memburu sepanjang 12 inci. Demi melindungi anaknya, ibu ini menelefon 911 dan meminta kebenaran untuk membunuh penceroboh berkenaan. Sewaktu bercakap dengan operator yang bertugas di talian, dia telah bersedia dengan selaras senapang di tangan.

Sebelum itu, dia meminta pihak operator untuk menghantar pegawai bertugas ke kediamannya. Dia menembak penceroboh yang pertama sejurus dia melangkah ke dalam rumahnya. Penceroboh kedua menyerah diri dan polis menyifatkan kes berkenaan sebagai berasas.


Dia hanya bersama anaknya pada malam sebelum tahun baru itu kerana suaminya telah meninggal dunia akibat kanser pada Krismas yang lalu.

KLIK SINI untuk lihat video berkenaan.

No comments: