MY FOLLOWERS

Monday, May 9, 2011

Artikel - Sambutan Perayaan: Jangan Sambut Membuta-tuli, Fahami Konsep dan Sejarah Perayaannya!

Gambar ihsan: Family


Assalamualaikum...


Beberapa hari ini saya perhatikan ramai di kalangan bloggers menulis ucapan dan juga artikel bagi menunjukkan penghargaan buat insan tersayang. Sebenarnya tiada salahnya untuk menulis artikel bagi menunjukkan penghargaan kepada sesiapa pun dan pada bila-bila masa. Tidak terhad pada hari-hari sambutan tertentu kerana dalam Islam tidak menghadkannya pada hari-hari tertentu sahaja.

Walabagaimana pun, perkara sebaliknya berlaku apabila sesuatu penghargaan itu disampaikan pada hari yang tertentu, lebih-lebih lagi sekarang ini seluruh masyarakat masih dalam mood sambutan Hari Ibu.

Beberapa persoalan terlintas di fikiran penulis ketika ini, sesudah membaca satu artikel di blog tulisan Kak Ieda Al-Habsyi berkaitan HARAM menyambut Hari Ibu. Antaranya:
  1. Berapa ramaikah di antara kita yang mengetahui sejarah dan latar belakang dan sejarah sesuatu sambutan yang diraikan/disambut sebelum menyambutnya? Maksudnya, tidak kiralah sama ada Hari Ibu, Hari Bapa, Tahun Baru, Valentine's Day, dan yang seumpamanya yang tidak datang dari agama Islam sendiri.
  2. Jika sudah mengetahui mengenai latar belakang sesuatu perayaan yang bukan datang dari agama Islam, berapa ramaikah yang sudah meninggalkannya (tidak menyambutnya)?
  3. Jika sudah mengetahui mengenai latar belakang sesuatu perayaan yang bukan datang dari agama Islam, mengapa masih ada yang memberikan pelbagai alasan untuk 'menghalalkan' sambutannya?
  4. Adakah perayaan dan sambutan berkenaan dianjurkan dalam Islam, atau sekurang-kurangnya tidak menyalahi syariat Islam untuk menyambutnya?

Apabila Islam sudah melarang untuk melakukan sesuatu perkara, pastinya ada hikmah dan sebab musabab di sebaliknya. Sebarang bentuk sambutan dan perayaan yang tiada dalam Islam dan tidak dianjurkan oleh Islam adalah HARAM untuk disambut oleh umat Islam.


Sesuatu sambutan atau perayaan yang diraikan oleh orang-orang kafir adalah berdasarkan sesuatu sebab umpamanya sebagai memberikan penghormatan kepada dewa-dewa tertentu, dan bukannya sebagaimana yang tercatat dalam kitab agama mereka (wallahualam). Dalam Islam, hanya terdapat dua perayaan yang diiktiraf dan disambut iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Terdapat juga beberapa hadis berkaitan ini yang boleh dirujuk sebagai panduan:

Nabi s.a.w. bersabda sebagaimana diriwayatkan oleh Anas: "Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka baginda bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Hari Adha dan Hari Fitri" (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasai’)

Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa hari raya bukanlah sekadar suatu perayaan, adat, budaya ataupun sekadar jamuan makan-makan sahaja bahkan ianya adalah suatu ibadat yang dianugerahkan oleh Allah sebagai tanda kasih dan rahmat kepada hamba-hambaNya yang ikhlas dalam menjalankan ibadah puasa dan sebagai memperingati hari bersejarah dalam Islam. Dua hari raya ini sebagai menggantikan dua sambutan perayaan zaman jahiliyyah yang dipenuhi maksiat (dikenali sebagai hari mahrajaini)


Secara tegas, Rasulullah s.a.w. turut mengkelaskan kaum Muslim yang mengikuti perayaan atau kebiasaan orang-orang kafir sama seperti mereka dan tidak termasuk golongan Rasul (kaum Muslim).  

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)

"Tidak termasuk golonganku orang-orang yang menyerupai selain golonganku."  (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya bagi setiap kaum itu perayaan masing-masing, dan ini (IdilFitri dan Idiladha) adalah perayaan kita" (Riwayat Al-Bukhari, 952 ; Muslim, 1892)

Justeru, sebarang perayaan yang disambut oleh umat Islam mestilah terhad kepada dua perayaan ini sahaja.


Mengenai sambutan sesuatu perayaan secara umumnya, Islam pada asasnya tidak memandang rendah pada sambutan perayaan agama-agama lain dan tiada paksaan untuk masyarakat beragama lain menerima seruan Islam. Namun begitu, Islam mengharamkan penganutnya daripada menyambut perayaan agama-agama lain, tetapi mengharuskan untuk menghormati sambutannya.

Pautan berkaitan:
Sambutan Hari Ibu (Pautan 1  |  Pautan 2  |  Pautan 3)
Sambutan Hari Bapa (Pautan 1  |  Pautan 2)


UPDATE
Yang terbaru: Anda juga boleh membaca huraian yang lebih terperinci dari sudut pandangan Islam di sini:
Selamat Hari Ibu Menurut Pandangan Islam.
Halal Haram Hari Ibu

Renungkanlah...

10 comments:

Alin said...

banyak dh td blogwalking blogger2 lain psl hari ibu. ada kata haram ada kata tak. huhu. mana satu betul? tp xpe ke kalau niat kita memang nk smbut sbb kita nk kenangan balik susah payah seorg umi nk membsrkn ank dia, xpe kn? ^_^

op anaz said...

http://akuanakpahang.blogspot.com/2011/05/hari-ibu-menurut-pandangan-islam.html

Aku macam prefer yang ini jek? apa pendapat?

ABU said...

jngan mabok2 sudah..:P

satu kena ingat, niat tidak mghalalkan cara..
mood insap :)

BLADE EDGE said...

alin: hari2 biasa pun blh kenangkan jasa parents. sbb tu saya kata ia xterhad pd hari2 tertentu shj.

anas: nnt saya tgk artikel tu.

abu: niat mmg xhalalkan cara.

Raihana Izzati said...

---speechless--

aku pun tak tau mana 1 betol.

marina anakcikbob said...

aku pong nak buat entry mcm ni aritu. tp malas pulak. biasa la org melayu, diorang akan kata "kejadah ko ni asyik nak ban sambutan itu, ban sambutan ini. freemason la sangat. dulu2 xnak ban pong".

taip je kat google history of mother's day. de 1 website aritu aku baca memang dia bagitau sumber2 mother's day ni. memang awal2 dulu bukan sambutan hari mak2 yg lahirkan kita tp mcm dewa dia, queen dia mcm tu..

Rafi Nilhan said...

tak perlu sambut hari ibu dan wish pape pon takda hal.. hari2 biasa boleh buat pe? bidaah dunia je tu.. sokey kot..

Maulidur Rasul tu kene sambut..

Pijahh' de-Arr said...

OKEY

HEHEEEEEEEE~~

Nora Shahaira said...

itu menunjukkan ramai lagi yang cetek ilmu kite ni..marilah menuntut ilmu bersama0sama

not irene said...

terima kasih sudi ajak saya kesini,

terima kasih juga kerana input-input didalam blog ini sebahagiannya menarik mata saya memandang (yang gambar2 cantik menarik serta unik) juga sudut pandang berbeza berkenaan pelbagai perkara (yang baru saya baca tentang sambutan perayaan selain Aidiladha dan Fitri)