MY FOLLOWERS

Wednesday, November 28, 2012

Berita - Penyeludup Telan Berlian

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum....


Pihak polis Afrika Selatan telah bertindak dengan memeriksa seorang pengembara Lubnan yang akan terbang ke luar negara berdasarkan satu petunjuk yang diperolehi dan menemui 220 biji berlian yang telah dikilatkan dalam perutnya.

Pengembara berkenaan yang berumur 25 tahun yang tidak dikenali pada awalnya, telah ditahan dan telah diberikan ubat julap bagi mengeluarkan berlian berkenaan yang berjumlah $2.3 juta. Dia ditahan pada malam Selasa di Lapangan Terbang Antarabangsa O.R. Tambo berdekatan Johannesburg.

"Dia telah diawasi sejurus sebelum dia melepasi bahagian pemeriksaan keselamatan. Kami kemudian membawanya ke tempat pengesanan dan menemui berlian yang disembunyikannya," kata Kapten Paul Ramaloka dari Pasukan Polis Afrika Selatan. Polis memperolehi semula berlian tersebut selepas memberikannya makan ubat julap. Ramaloka berkata lagi, penyiasat mula mengikuti lelaki itu selepas mendapat maklumat daripada orang dalam mengenai kemungkinan wujudnya sindiket penyeludupan berlian. Lelaki itu berkata dia adalah warga Lubnan dan merancang untuk terbang ke Dubai.

Di |Afrika Selatan, juga salah satu destinasi penghasilan berlian terbaik dunia, penyiasat sentiasa mengawasi dengan ketat akan kewujudan sindiket penyeludupan berlian. 

"Satu trend penyeludupan dilakukan dengan cara menelan bahan seludup dan ia seakan sudah menjadi kebiasaan dan kini tidak lagi berkesan kerana ada peningkatan dalam aspek keselamatan," kata Ramaloka.

Kali terakhir insiden seumpamanya berlaku pada Januari tahun ini apabila seorang lagi warga Lubnan ditahan di lapangan terbang dengan berlian bernilai melebihi $1 juta dalam perutnya. Polis masih menyiasat jika kedua-dua kes ini ada kaitannya dan masih berusaha mencari sumber berlian yang ditemui minggu ini.



KLIK SINI untuk bacaan lanjut..

No comments: