MY FOLLOWERS

Wednesday, November 14, 2012

Berita - Lagi Rompakan Hasil Seni: Muzium Rugi Jutaan Dollar

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.......

Sebelum ini, penulis ada memaparkan entri mengenai satu kejadian rompakan hasil seni di sebuah muzium di Amsterdam ala Ocean's 11 malah mungkin lebih hebat daripada itu. 



Pencuri hasil seni sebelum ini bukanlah daripada kalangan peminat hasil seni. Namun itu tidak menghalang mereka untuk mencuri lima lukisan dari Muzium Seni Pretoria Art bernilai melebihi $2 juta.

Walaubagaimanapun, mereka telah tertinggal lukisan keenam yang ingin dicuri, dan mereka telah pergi begitu sahaja.

"Kali pertama mengalaminya, saya begitu terkejut kerana mereka masuk ke muzium dan dapat keluar semula dengan hasil rompakan yang banyak," kata Imre Lamprecht, Ketua Jabatan Seni di gudang lelongan seni Stephan Welz & Co. di Aftika Selatan.

Pengurusan muzium memberitahu akhbar Beeld pencuri berlagak seperti pelawat sebelum mengeluarkan pistol dan satu senarai barang yang ingin dicuri kemudiannya memaksa pekerja muzium membawa mereka mencari barangan tersebut. Pencuri berjaya melarikan lima lukisan termasuk karya Irma Stern dan Gerard Sekoto, setiap satunya bernilai sekitar $1 juta.

"Karya yang dicuri adalah karya dilukis oleh artis yang bijak di Afrika Selatan dan antarabangsa," kata Lamprecht. "Karya itu adalah antara yang terbaik yang pernah mereka hasilkan."
Asalnya mereka mencuri enam lukisan namun mungkin kerana lukisan keenam itu tidak dapat dimasukkan ke dalam kenderaan mereka, maka mereka meninggalkannya di atas lantai di luar muzium. the thieves made their escape, they tossed a sixth painting on the ground outside the museum, possibly because it did not fit into their getaway car. Lukisan Stern bertajuk "Two Malay Musicians," bernilai hampir $1.4 juta berjaya diperolehi semula.
"Secara jelasnya, pencuri ini tidak tahu apa-apa mengenai seni kerana jika betul, tiada siapa yang akan meninggalkannya begitu sahaja," kata Lamprecht.

Katanya lagi mendiang Stern mungkin antara yang terkenal di kalangan artis dengan hasil karyanya dipamerkan di muzium. Salah satu karya agungnya "Arab Priest" telah dijual dengan harga $5 juta tahun lalu.

Lamprecht menyarakan walaupun nilai karya seni Afrika Selatan meningkat sejak berakhirnya era apartheid, faktor keselamatan di muzium awam masih belum cukup selamat dan masih mudah ditembusi. Banyak muzium mempunyai sistem keselamatan yang masih ketinggalan zaman dan tiada pengawal keselamatan. 
Lamprecht turut berharap agar pihak kerajaan mengambil pengajaran daripada insiden ini dan mengambil inisiatif meningkatkan lagi struktur keselamatan muzium supaya hasil seni dan budaya berada di tahap selamat.


KLIK SINI untuk bacaan lanjut.

No comments: