MY FOLLOWERS

Friday, November 30, 2012

Hidupan Liar - Paus Humpback Putih Dari Novel Moby Dick

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV


Assalamualaikum.....




Para petugas marin yang selama ini banyak menghabiskan masanya di laut dalam telah menyaksikan satu pemandangan yang amat jarang dilihat - kemunculan seekor paus putih yang sebelum ini ada ditulis dalam novel Moby Dick. Dan Fisher salah seorang daripadanya dan beliau telah mendokumenkan mengenai penemuan ikan ini. Fisher mendokumenkannya ketika di atas kapal SV Antigua pada bulan Ogos di perairan Svalbard Archipelago, Norway. 

Paus putih amat jarang tetapi agak terkenal mungkin kerana novel Moby Dick yang ditulis pada 1851 oleh Herman Melville.
 
Paus jenis humpback berwarna putih ini ditemui baru-baru ini di perairan Queensland, Australia. Anak paus ini juga ditemui. Menurut Wildlife Extra, telah dilaporkan sebelum ini penemuan paus putih jenis killer whale di antara Alaska dan Russia, selain ikan lumba-lumba albino di Louisiana.

Paus humpback yang ditemui Fisher, dinamakan Welsh, sama ada albino atau mungkin warnanya disebabkan keadaan yang dikenali sebagai leucism, iaitu keadaan sel pigmentasi gagal berkembang dengan baik. Manakala keadaan albino pula putih keseluruhannya dengan mata berwarna merah atau merah jambu.

Fisher, 32, seorang jurutera maritim selama 10 tahun merujuk penemuan paus humpback kali ini sebagai 'sekali seumur hidup' dan menyifatkannya paling menakjubkan pada tahun ini.


KLIK SINI untuk lebih lanjut.





No comments: