Kredit kepada: Yahoo Shine
Gambar ihsan: Yahoo Images
Assalamualaikum.......
Memori dibentuk dengan menghubungkan lebih daripada 100 billion sel saraf dalam otak yang juga dipanggil neuron, menurut Neal Barnard, seorang pembantu profesor dalam bidang perubatan di George Washington University School of Medicine, di Washington.
1. Dapatkan tidur yang cukup
Sebilangan pakar bersetuju bahawa salah satu faktor untuk menguatkan ingatan adalah dengan mendapat tidur yang cukup. Menurut Barnard, tidur adalah kunci penting yang membolehkan otak menguatkan hubungan antara neuron. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Sleep Medicine, pengkaji mengkaji beberapa subjek dengan memberikan sedikit tugasan berkaitan memori dan mereka kemudiannya disuruh sama ada untuk tidur sebentar atau teruskan berjaga. Hasilnya mereka yang tidur sebentar mengingati sejumlah besar tugasan yang diberikan.

2. Melatih memori
Melakukan apa sahaja aktiviti kardiovaskular selama 20-30 minit tiga kali seminggu bagus untuk membantu anda mempunyai ingatan lebih baik. Aktiiviti yang dilakukan membantu meningkatkan kadar degupan jantung serta aliran darah serta membesarkan hippocampus iaitu bahagian terpenting dalam otak untuk mengingat dan faktor neurotropik iaitu sejenis protein untuk ingatan jangka panjang. Menurut Peter J. Snyder, seorang profesor dari Brown University's Alpert Medical School dalam bidang neurologi, latihan kardiovaskular mencetuskan hubungan baru bagi neuron dalam hippocampus.

3. Makanan dan minuman untuk otak
Beri biru adalah sumber penting bagi sebatian yang dipanggil anthocyanins. Ia sejenis antioksidan yang penting untuk otak. Menurut Joy Bauer, seorang pakar diet berdaftar dari New York dan penulis buku The Joy Fit Club, "Kajian menunjukkan anthocyanins melindungi otak daripada inflamasi dan teroksida yang boleh merosakkan neuron dan melemahkannya dari segi komunikasi antara sel.

4. Pilih makanan tambahan yang sesuai
Satu kajian menunjukkan bahawa ginkgo biloba tidak memberikan sebarang kesan positif pada ingatan. Menurut Lori Daiello, seorang pembantu profesor dari bahagian kajian neurologi di Alpert Medical School , menyatakan minyak ikan dikaitkan dengan kebolehannya merendahkan risiko dementia kerana mempunyai DHA, sejenis asid lemak omega-3 yang merendahkan penghasilan sebatian yang merosakkan otak . Oleh itu disarankan agar ditingkatkan pengambilan makanan seperti ikan salmon, makanan tambahan harian yang mengandungi 180mg DHA, vitamin D, asid folik, B6 dan B12 kompleks.

5. Meditasi
"Meditasi meningkatkan kadar tumpuan dan fokus yang turut memberikan manfaat kepada memori." kata Dharma Singh Khalsa, pengarah perubatan dan presiden Yayasan Kajian Alzheimer dan Pencegahan. Tambahnya lagi, meditasi juga berfungsi meredakan stres. Manakala Tallie Z. Baram, seorang profesor sains neurologikal dari University of California, Irvine pula berkata apabila berada dalam keadaan stres, tubuh dan otak akan membebaskan kortisol, adrenalin, dan CRH [corticotropin-releasing hormone], yang membantu kita mengelakkan diri daripada bahaya. Namun apabila seseorang berada dalam keadaan stres yang lebih lama, hormon-hormon ini akan menukarkan struktur hippocampus, merosakkan hujung saraf. yang melibatkan pengaliran maklumat.

6. Lakukan sesuatu yang berbeza!
Alami pengalaman baru juga boleh membantu, iaitu lakukan sesuatu yang lain sedikit daripada kebiasaan atau rutin. Menurut R. Douglas Fields, penyiasat senior dalam bidang neurosains di National Institutes of Health, otak akan menentukan apa yang akan diingati dan apa yang perlu dilupakan.

7. Periksa kabinet ubat
Kata Barnard lagi, sejumlah ubat yang disimpan dalam kabinet juga boleh mempengaruhi ingatan seseorang. Ubat-ubatan seperti antihistamina, Prozac; ubat antikemurungan seperti Xanax; dan Ambien. setiap satunya mempunyai kesan ke atas otak. Ambien akan menyingkirkan episod yang tidak dikehendaki oleh otak. Pun begitu, adalah perlu untuk merujuk doktor terlebih dahulu.

8. Periksa dengan doktor
Protein dalam tepung, barli dan rye, yang terdapat dalam makanan seperti roti dan biskut mungkin menjejaskan memori jika anda penghidap tiroid. Dinasihatkan jika pesakit kerap mengalami masalah lupa dan berserta tekanan atau perubahan berat badan dalam sesuatu jangka masa, sila dapatkan nasihat doktor.

9. Cabar diri anda!
"Mereka yang secara kognitifnya aktif akan mempunyai memori yang lebih baik," kata Michael Kahana, pengarah Computational Memory Lab di University of Pennsylvania dan penulis Foundations of Human Memory. Satu cara untuk menguatkan memori ialah mengambil tahu dan mengikuti perkembangan semasa di sekeliling anda membantu otak menghubungkan neuron yang ada. Satu lagi cara: uji diri sendiri dengan cara bermain sudoku, silangkata, pergi ke muzium, belajar perkara baru, dan tonton dokumentari.

KLIK SINI untuk lebih lanjut.
No comments:
Post a Comment