MY FOLLOWERS

Friday, November 30, 2012

Artikel - Saintis Temui Bau Baru

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....


Saintis kini telah menemui sejenis bau baru tetapi jika sesiapa ingin mengetahuinya lebih lanjut, mereka perlu ke makmal untuk merasai sendiri pengalaman sebegitu. Ini kerana ia masih dalam peringkat kajian. 

Bau ini disifatkan sebagai "olfactory white," kerana menyamai keadaan yang dipanggil white noise. Pengkaji melaporkan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences white noise adalah keadaan campuran pelbagai frekuensi bunyi yang berbeza dan white light pula adalah campuran pelbagai jarak gelombang, manakala olfactory white ialah campuran pelbagai kompaun bau yang berbeza.

Menurut pengkaji, kunci kepada keadaan olfactory white ini bukanlah kerana kompaunnya. Lebih banyak komponen dalam dua campuran akan menghasilkan bau yang menyamai bagi kedua-dua campuran ini walaupun kedua-dua campuran ini mempunyai komponen-komponen yang berbeza. 


White smell

Dalam dunia ini, hampir semua benda yang berbau dihasilkan daripada campuran beberapa komponen berbeza. Semua manusia mampu membezakannya dengan baik tetapi tidak mampu mengasingkan bau komponen dalam sesuatu campuran itu. 

Noam Sobel, seorang ahli neurologi dari Weizmann Institute of Science di Israel bersama rakannya membuat kajian untuk mengetahui sama ada fenomena seumpamanya berlaku dalam bau.

Dalam beberapa siri kajiannya, peserta didedahkan dengan beratus bau yang bercampur yang hampir sama dengan campuran komponen sehingga 43 jenis. 56 peserta membandingkan campuran dengan jumlah kompaun yang sama antara satu sama lain.

Hasilnya, kajian ini telah mendedahkan lebih banyak komponen dalam sesuatu campuran, semakin sukarlah baunya diasingkan. Jenis komponen yang berbeza juga menghasilkan bau yang berbeza.

Pun begitu, jenis bau ini masih lagi dalam peringkat kajian dan masih dilakukan di makmal.


KLIK SINI untuk bacaan lanjut.


No comments: