Kredit kepada: Yahoo Finance
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum...........
Sekurang-kurangnya terdapat 5 kematian dilaporkan selepas pelanggan meminum minuman tenaga jenama Monster
Energy. Berdasarkan laporan insiden yang diterbitkan baru-baru ini oleh Food and Drug Administration menyatakan minuman ini popular dengan kandungan kafein yang tinggi.
Laporan berkenaan, dengan kandungan hampir sama melibatkan pihak FDA dalam siasatan kesnya membabitkan dadah dan peralatan perubatan tidak membuktikan adanya hubungkait antara Monster Energy dengan kematian atau sebarang masalah kesihatan.
Rekod laporan yang didapati baru-baru ini adalah daripada seorang ibu yang kematian anak perempuannya berusia 14 tahun pada Disember lalu akibat sakit jantung heart arrhythmia selepas mengambil minuman berkenaan dalam tin besar dua hari berturut-turut.
Minggu sebelumnya, Wendy Crossland, seorang ibu kepada remaja memfailkan tindakan undang-undang ke atas Monster Beverages, sebuah syarikat perniagaan awam di Corona, California.,
yang sebelum ini dikenali sebagai Hansen Natural. Dia menyatakan bahawa mereka mendakwa pihak Monster gagal memberi amaran mengenai risiko pengambilan minuman berkenaan, sebaliknya seorang jurucakap wanita bagi syarikat berkenaan pula menyatakan produk keluaran syarikat mereka selamat diambil dan tidak menjadi punca kepada kematian remaja berkenaan.
Jurucakap berkenaan, Judy Lin Sfetcu, turut menyatakan Monster sebagai tidak prihatin ke atas sebarang kesan buruk yang disebabkan oleh minumannya.
Dalam satu temuramah, jurucakap FDA, Shelly Burgess, mengatakan agensinya menerima laporan mengenai 5 kematian yang berkemungkinan ada kaitannya dengan pengambilan minuman ini selain turut menerima laporan berkaitan sakita jantung. Laporan berkenaan meliputi tempoh sepanjang 2004 hingga Jun tahun ini.
Laporan berkenaan tidak menjelaskan sama ada insiden berkenaan melibatkan faktor-faktor lain yang boleh membawa kepada kematian seumpamanya seperti penggunaan alkohol atau dadah. Bagaimanapun, jumlah laporan yang diterima FDA mengenai sebarang produk biasanya tidak menjurus kepada masalah sebenar yang lebih besar.
Tindakan ke atas Monster Energy bakal menarik perhatian Kongres dalam aspek pengawalseliaan yang lebih besar ke atas industri minuman tenaga. Monster Energy adalah antara minuman tenaga seperti juga Red Bull dan Rock Star, adalah syarikat yang begitu agresif memasarkan produk mereka kepada remaja dan golongan muda.
KLIK SINI untuk berita penuh.
No comments:
Post a Comment