Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum....
Jika sebelum ini penulis ada memaparkan entri mengenai khasiat pisang, tahukah anda mengenai pisang serendah? Pokoknya tidaklah tinggi, boleh dikatakan setinggi budak berumur sekitar 3 tahun sahaja. Beginilah rupanya..
Keadaannya apabila berbuah - tandannya akan condong ke tanah. Jantung pisangnya akan menyentuh tanah kerana pokoknya yang rendah. Yang ini, jantungnya sudah gugur bersama sebahagian buahnya. Buah yang lain masih menunggu masa untuk dipetik.
Pokoknya tumbuh merimbun setelah beranak-pinak :-)
Keadaannya apabila berbuah - tandannya akan condong ke tanah. Jantung pisangnya akan menyentuh tanah kerana pokoknya yang rendah. Yang ini, jantungnya sudah gugur bersama sebahagian buahnya. Buah yang lain masih menunggu masa untuk dipetik.
Pokok ini tumbuh agak subur sehingga beranak-pinak di belakang halaman sebuah rumah di kawasan kejiranan di sini. Berikutan kawasan sekelilingnya baru sahaja dibersihkan baru-baru ini, maka dapatlah penulis mengambil sedikit kesempatan untuk memperolehi sedikit bahan untuk paparan di blog ini.
Melalui perincian yang diperolehi di laman Wikipedia (KLIK SINI), pokok pisang dari spesis ini tidaklah ditanam bagi mendapatkan buahnya memandangkan ia tidak begitu digemari. Buahnya sebagaimana kebanyakan spesis lain, boleh dimakan cuma yang menjadi keutamaan penanaman spesis ini bagi kebanyakan orang ialah untuk mendapatkan daunnya kerana spesis ini mempunyai ciri-ciri daun yang agak lebar dan tahan, iaitu tidak mudah koyak serta banyak kegunaannya.
No comments:
Post a Comment