MY FOLLOWERS

Saturday, November 24, 2012

Artikel - Penemuan Baru: Galaksi Paling Jauh

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum...


Rekod terbaru galaksi paling jauh yang ditemui oleh pakar astronomi ialah sebuah galaksi yang dinamakan MACS0647-JD, yang terletak 13.3 billion tahun cahaya dari Bumi. Galaksi berkenaan berusia 13.7 billion tahun menjadikan cahaya yang bergerak dari galaksi berkenaan ke Bumi mengambil masa selama sepanjang sejarah angkasa dan ruang masa itu telah wujud. 

Ahli astronomi berjaya mengesan objek menggunakan teleskop angkasa NASA's Hubble and Spitzer bersama lensa kosmiknya. Apabila cahaya dari galaksi dengan jarak sejauh itu bergerak ke Bumi dan dapat dilihat menerusi lensa ini, ia akan dibesarkan. 

Ahli astronomi masih meneruskan menjejaki galaksi lebih jauh selari dengan keadaan teknologi pemerhatian dan peralatan yang digunakan semakin dipertingkatkan. Sebelum ini, galaksi paling jauh direkodkan ialah SXDF-NB1006-2 dengan jarak 12.91 billion tahun cahaya dari Bumi. Galaksi berkenaan diperolehi menerusi teleskop Subaru dan Keck Telescopes yang terletak di Hawaii.

Tinjauan Cluster Lensing And Supernova Survey with Hubble (CLASH) yang menemui galaksi MACS0647-JD sedang berusaha menggunakan Hubble's Wide Field Camera 3 and Advanced Camera for Surveys bagi mencari 25 galaksi besar yang lain. 


KLIK SINI untuk lebih lanjut.

No comments: