Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Sekitar 2100 tahun dahulu, ketika Mesir diperintah oleh dinasti raja-raja Greek, seorang lelaki kaya dari Thebes pula berada dalam keadaan nazak.
Berbanding usianya, dia kemungkinan menderita akibat jangkitan sinus akibat mulut yang dipenuhi kaviti serta penyakit lain berkaitan giginya.
Imbasan CT (CT scan) ke atas tubuh mumia yang baru sahaja diterbitkan membolehkan pengkaji untuk membina kembali perincian ke atas tubuhnya di saat dia hampir meninggal dunia.
Mayat lelaki berkenaan yang namanya tidak dikenali dianggarkan berusia antara 20 dan 30 tahun, mempunyai keadaan gigi yang sungguh menakutkan. Dia menghidap banyak penyakit dan kaviti, satu keadaan yang menjurus kepada jangkitan sinus yang dianggap pengkaji sebagai berpotensi menyebabkan kematiannya.
Kesakitan yang dideritai mayat lelaki berkenaan digambarkan sebagai begitu dahsyat yang mendorongnya menemui pakar pergigian ketika itu. Ilmu pergigian bukanlah sesuatuyang baru di Mesir kerana terdapat rekod yang menunjukkan ia telah pun dipraktikkan sekurang-kurangnya seawal ketika Piramid Agung dibina. Masalah pergigian juga dikatakan bukanlah sesuatu yang luar biasa oleh penduduk Mesir tetapi ia disebabkan makanan bijirin yang kasar yang dimakan tidak bagus untuk kesihatan gigi.
KLIK SINI untuk artikel penuh.
No comments:
Post a Comment