MY FOLLOWERS

Monday, November 12, 2012

Hidupan Liar - Penangkapan Sotong Pasifik Yang Mencetuskan Kemarahan

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV


Assalamualaikum.....



Bagi seorang penyelam skuba dari Seattle's Cove 2, salah satu pemandangan yang paling hebat ialat dapat melihat dari dekat sotong gergasi Pasifik. Sotong ini disifatkan sebagai mahir dalam penyamaran. Seperkara yang paling tidak menyenangkan dalam hal ini ialah menangkap dan membunuh hidupan ini terutama ketika penyelam lain ada bersama. 

Namun itulah yang terjadi kepada Dylan Miller, 19 apabila keadaan secara tiba-tiba menjadi buruk. Dia turut dikritik dalam laman web, blog, serta beberapa lagi media sosial lain menghentamnya ekoran tindakannya walaupun dia mempunyai lesen memancing dan tidak melanggar sebarang undang-undang.

Katanya dia membunuh sotong berkenaan yang seberat 80 paun untuk melukisnya untuk projek seninya dan untuk mendapatkan dagingnya. Semenjak menerima kecaman di media, dia memilih untuk tidak terlalu menonjolkan dirinya.

"Mereka menghargai hidup seekor sotong tetapi mengancam kehidupannya," kata Denise Mayer, ibu Dylan kepada Seattle Times. "Mereka meletakkan Dylan lebih bawah daripada sotong. Itu sudah melampau."

Kisah Dylan menangkap sotong ini kali pertama disiarkan dalam laman web Northwest Dive Club pada hari dia menangkapnya. Para penyelam begitu marah sehingga mereka sepakat mewujudkan satu petisyen kepada "Save the GPO (Giant Pacific Octopus)" supaya sotong spesis ini tidak ditangkap dalam kawasan berkenaan memandangkan sotong ini dijadikan sebagai ikon sepanjang barat laut Pasifik. 

Para penyelam Cove 2 menyifatkan kawasan itu sebagai taman hidupan marin, haiwan di situ boleh dibuat kajian dan pemerhatian tetapi tidak boleh ditangkap, walaupun secara rasminya kawasan ini bukanlah kawasan yang dilindungi.

Pihak warden dari Washington telah menyiasat kejadian yang berlaku ini dan mendapati tiada sebarang pelanggaran undang-undang. Dylan memberitahu Seattle Times yang dia menumbuk makhluk berkenaan kerana 'tangan' sotong itu melilit muka, hidung dan mulutnya. 

"Saya agak kesal, tetapi kalaulah saya tahu mereka begitu melidunginya, mungkin saya tidak akan bertindak sedemikian." katanya.



KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: