MY FOLLOWERS

Monday, November 26, 2012

Artikel - Mainan Pelik: Ibu Bapa SILA BERI PERHATIAN!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum......

Baru-baru ini, penulis membawa si kakak ke sebuah pasaraya di sini. Tujuan asalnya adalah untuk membeli keperluan keluarga selain sedikit 'habuan' buat memujuk si kakak yang baru pulih mood-nya. Dalam pada memilih apa yang dicari, penulis ternampak beberapa kotak mainan kipas mini di bahagian permainan kanak-kanak. Mungkin kerana bentuknya yang sedikit pelik, penulis pun mengambil kesempatan untuk klik fotonya.




Beberapa hari kemudian, sewaktu makan tengahari, penulis mengamati kembali foto kipas mini ini dan barulah perasan rupa-rupanya bentuknya seakan kondom! Penulis sudah mula tertanya-tanya apakah pihak pasaraya dan pengedar tidak perasan akan perkara ini? Produk sebegini dikhuatiri memberikan kesan didikan tidak langsung kepada minda anak-anak yang masih kecil kerana jika diperhatikan betul-betul, memang terdapat unsur seks dari segi bentuknya. 

Buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil, diharapkan anda semua prihatin dengan segala yang berlaku di sekeliling anda. Belilah permainan yang sesuai kepada anak anda.

1 comment:

Dkna Abza said...

dkna singgah dari bloh HasrulHassan :)