MY FOLLOWERS

Monday, November 12, 2012

Berita - Awas Dengan Kecurian Identiti

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum..........


Siapakah mangsaku seterusnya?? Hehehehe......



Kejadian berlaku di Wichita, Kansas. Seorang wanita, Candida L. Gutierrez's telah menjadi mangsa kecurian identiti. Apabila identitinya dicuri, penjenayah berkenaan yang tidak diketahui siapa orangnya turut menjadikannya mangsa bagi kes penipuan kredit dan akaun bank. Penjenayah telah menggunakan sepenuhnya identitinya bagi mendapatkan pekerjaan, lesen memandu selain gadai janji dan perlindungan kesihatan.

Penjenayah itu pula menuduh Gutierrez sebagai orang yang telah mencuri identitinya. Keadaan luar biasa ini telah meletakkan Gutierrez sebagai mangsa kecurian identiti sepenuhnya yang membolehkan penjenayah yang menipu ini bertindak bukan sahaja dalam penipuan kewangan malah dalam banyak aspek lain dalam kehidupan orang lain.

Jenayah ini turut dikaitkan dengan kejadian pendatang haram yang menggunakan nombor keselamatan sosial orang lain bagi membolehkan mereka mendapat bayaran gaji, membuatkan pihak berkuasa semakin bimbang ia akan semakin menular dan lebih ramai rakyat Amerika akan menjadi mangsa.

"Apabila dia mencuri identiti saya dan saya menuntutnya kembali, dia dimaklumkan saya juga menuntutnya. Dia tahu saya akan berhati-hati dan cuba melawan tetapi dia tidak membalasnya. Dia teruskan juga menggunakan identiti saya," kata Gutierrez, seorang guru sekolah rendah berumur 31 tahun ini.

Seorang pendatang haram, Benita Cardona-Gonzalez berumur 32 tahun pula dituduh menggunakan identiti Gutierrez sepanjang tempoh 10 tahun apabila dia bekerja di syarikat Topeka, syarikat yang membungkus makanan sejuk beku.

Selama bertahun-tahun, sejumlah besar pendatang haram telah memfailkan borang bayaran gaji menggunakan nama sebenar mereka tetapi dengan nombor keselamatan sosial yang dicuri. Namun, setelah sistem pengesahan pekerja secara elektronik seperti E-Verify mula digunakan secara meluas, keadaan ini menjadikan penggunaan nombor palsu semakin sukar. Namun pihak pendakwaraya turut bimbang semakin ramai pula akan cuba menipu sistem ini dengan mengambil seluruh identiti mangsa berbanding hanya mengambil nombor keselamatan sosial sahaja. 

Bagi mangsa, kecurian identiti bersama seluruh maklumat lainnya juga akan membawa kepada ancaman kesihatan jika rekod kesihatan yang disimpan secara elektronik dihubungkan kepada nombor keselamatan sosial yang membawa kepada risiko maklumat penting terdedah seperti jenis darah dan alahan yang membawa maut.

Statistik yang dikeluarkan oleh Federal Trade Commission menunjukkan rakyat Amerika melaporkan lebih daripada 279,000 kecurian identiti pada 2011, meningkat daripada 251,100 pada tahun sebelumnya. Sementara itu, masih belum jelas berapa banyak di antara kes yang dilaporkan itu melibatkan kecurian identiti sepenuhnya namun satu petunjuk yang ada menunjukkan jumlah rungutan berkaitan kecurian identiti melibatkan lebih daripada satu jenis kecurian identiti. 


KLIK SINI untuk artikel penuh.

No comments: