MY FOLLOWERS

Monday, November 26, 2012

Hidupan Liar - Mamalia Yang Terus Hidup Bila Dinosaur Pupus

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....



Necrolestes patagonensis, ialah satu spesis dinosaur yang masih hidup selepas bencana yang melenyapkan semua dinosaur lain. Kajian terbaru mendapati haiwan ini hidup 45 juta tahun lebih lama daripada apa yang disedari oleh ahli kaji purba. 

Necrolestes pertama kali dijumpai dalam bentuk fosil di Patagonia, satu wilayah di Afrika Selatan pada 1891 tetapi pada ketika itu masih tidak banyak diketahui mengenainya sebagaimana dinyatakan oleh seorang pengkaji mamalia dari Carnegie Museum of Natural History, John Wible.

Buat berabad lamanya pengkaji dari pelbagai institusi cuba untuk mengkelaskannya dalam keluarga mamalia namun tiada yang pernah bersetuju mengenainya. 

Beberapa kekeliruan juga timbul berkenaan ciri-cirinya yang tidak sepadan antaranya tubuhnya yang kompak dan kakinya yang lebar dan pendek. Semua pengkaji menyatakan tubuh haiwan ini sempurna untuk proses penggalian. Giginya yang berbentuk segitiga mencadangkan haiwan ini memakan cacing dan jenis ulat dalam tanah.

Pada 2011, Rougier dan rakan sepasukannya menemui satu lagi mamalia yang pupus di Amerika Selatan yang dipercayai hidup pada penghujung era Cretaceous dan awal Paleocene, yang dianggarkan sekitar 100 juta tahun lalu. Fosil terbaru itu mempunyai banyak persamaan dengan Necrolestes, termasuk molar yang berhubung dengan bahagian rahangnya. 

Penemuan fosil yang terbaru dan lama adalah Necrolestes dan telah dibuktikan haiwan ini tidak pupus seawal yang disangka. Paleontologis menyifatkan penemuan ini seperti 'Lazarus effect' iaitu watak dalam sebuah kitab yang hidup semula selepas mati.

KLIK SINI untuk bacaan lanjut.



No comments: