Kredit kepada: KOL
Gambar ihsan: Google Images
Assalamualaikum.....
Errrrkkkk.....!!!
Mak Minah dan Pak Mat ada empat orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat untuk kahwinkan semua anak ini serentak.
Selepas selamat diijabkabulkan, keempat-empat anak ini bercadang untuk pergi berbulan madu. Siti pegi berbulan madu ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.
Sebelum pergi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, "Nanti jangan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana pengalaman berbulan madu kamu semua. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai kod iklan sahaja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat." Panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.
Seminggu lepas tu mereka terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered'. Tercari-carilah kedua suami isteri ini iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyumlah kedua-duanya membaca iklan yang bertulis,"Besar, teguh dan peramah." Bahagialah Si Siti rupanya...
Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis, "Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir." Bahagialah Si Seri rupanya...
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis 'KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis "Hingga menjilat Jari." Bahagialah Si Murni rupanya...
Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat risau. Dua minggu... tak ada juga. Masuk minggu ketiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya "AIR ASIA".
Bergegaslah Mak Minah cari iklan penerbangan tu sebab tak sabar nak tau apa yang jadi pada anak bongsunya.
Bila dibaca, Mak Minah dan Pak Mat terkulat-kulat tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...??
"7 KALI SEMINGGU..3 JAM SEKALI.. NON-STOP!!"
Hahahaha.....
No comments:
Post a Comment