Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.......
Sebuah telaga terletak di bahagian barat Lembah Jezreel berhampiran kawasan Enot Nisanit di Israel baru ditemui. Berusia sekitar 8500 tahun dikira dari zaman Neolitik atau ketika akhir Zaman Batu. Berdasarkan maklumat sumbernya, dipercayai orang yang mula-mula membina telaga tersebut adalah petani di Lembah Jezreel.
Ahli arkeologi turut menambah bahawa penemuan telaga ini adalah sangat jarang.
"Telaga dari zaman ini adalah unik dalam bidang arkeologi Israel dan mungkin juga dalam dunia prasejarah secara umumnya," kata Omri Barzilai, Ketua dari cawangan prasejarah Israel Antiquities Authority dalam satu kenyataannya.

Beliau turut menyatakan terdapat dua telaga tertua ditemui sebelum ini dan kedua-duanya dari Cyprus. Kedua-duanya berusia 1000 tahun lebih tua daripada telaga yang ditemui sekarang. Yang menariknya, petani dan penternak dahulu membina telaga sebagai satu cara memastikan ternakan mereka daripada merosakkan sumber air yang sangat berharga.
Telaga yang ditemui ini berukuran kedalaman 26 kaki (8 m), dengan bahagian atasnya diperbuat daripada batu. Di bahagian mulut telaga ini berukuran 4 kaki (1.3 m) lebar.
Telaga yang ditemui ini berukuran kedalaman 26 kaki (8 m), dengan bahagian atasnya diperbuat daripada batu. Di bahagian mulut telaga ini berukuran 4 kaki (1.3 m) lebar.
Dalam telaga berkenaan, ahli arkeologi bukan sahaja menemui dua tengkorak tetapi juga menemui bilah batu api yang digunakan untuk menuai, mata panah daripada batu dan beberapa lagi peralatan zaman dahulu. Selama ratusan tahun, tulang haiwan dan arang terkumpul dalam telaga yang tertutup. Tinggalan ini membantu pengkaji menentukan tarikh sesuatu struktur atau bahan dengan lebih tepat.
KLIK SINI untuk bacaan lanjut.
No comments:
Post a Comment