MY FOLLOWERS

Thursday, October 29, 2015

Artikel - Percutian TBK Kemas Dalily di Tasik Kenyir 26.10.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Sekitar hari percutian  

Bertolak dari tadika sekitar jam 8 pagi, menaiki bas yang disewa pihak tadika bersama kawan-kawan dan ibu bapa masing-masing. Makan minum adalah disediakan oleh salah seorang wakil keluarga dengan hidangan sarapan McDonald's beserta air teh dan kopi. Makan minum lain dibawa sendiri ikut suka. Begitu juga pakaian persalinan, tuala mandi dan pelampung untuk mandi-manda.  

Bayaran dikenakan adalah RM15 untuk murid dan RM20 untuk ibu bapa. Bas bertolak melalui kawasan Tepoh dan Sungai Ikan.



Berkumpul sebelum menaiki bot


Sampai di Tasik Kenyir sekitar jam 9.30 pagi. Untuk ke kawasan Kenyir Water Park di seberang, pengunjung perlu menaiki bot yang disediakan yang memuatkan 10 orang bagi setiap trip. Masa perjalanan bot sekitar 2 minit sahaja. Buat masa sekarang, perkhidmatan bot ini diperlukan lagi sementara menanti bahagian jambatan ke taman tema air ini siap mungkin tahun depan. Selain murid TBK Kemas Dalily, turut berkunjung pada hari ini ialah murid-murid TBK Kemas Kuala Nerus dan murid-murid sekolah menengah dari Pulau Perhentian.

Di Kenyir Water Park, pengunjung diingatkan supaya tidak duduk di kawasan batuan licin bagi mengelakkan perkara tidak diingini. Wisel akan dibunyikan oleh petugas jika didapati melakukannya.




Sementara diberi taklimat









Selain kolam untuk bersuka ria, kemudahan seperti gazebo, kafe, kedai menjual baju, tandas dan surau juga disediakan. Untuk murid-murid TBK Kemas Dalily, makan tengahari disediakan oleh pihak tadika. Sekitar 2.30 petang dan selesai solat Zohor, kami berangkat pulang. Meskipun penat tetapi masing-masing tetap pulang dengan perasaan seronok dan penuh keriangan.  

Kami sampai semula di Kuala Terengganu jam 4 petang. 



Berita - Pesta Pekan Budaya Kuala Terengganu 21-31.10.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Foto-foto yang sempat dirakamkan pada 23.10.2015 
















Yaa-aa-aauu... breakdance.. hahahaha


Acara ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Terengganu, diadakan di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu bermula dari depan restoran makanan segera A&W hingga ke kawasan berhampiran deretan kedai makan di sini. Acara ini disertai oleh beberapa badan kerajaan seperti Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Ar-Rahnu Yapeim, Pejabat Pertanian Daerah Kuala Terengganu, IPD Kuala Terengganu, dan Bahagian Penguatkuasa Farmasi. Antara lain yang dijual ialah makanan dan minuman, pakaian, akesori hiasan, barang permainan kanak-kanak, pokok tanaman, haiwan peliharaan seperti beberapa spesis burung merpati, ikan laga, arnab dan tikus hamster, serta syarikat automotif yang mempromosi kenderaan mereka iaitu Perodua, Peugeot dan Mitsubishi. Acara lain yang disusun seperti persembahan kebudayaan, wayang kulit, persembahan artis jemputan, pertandingan bola pantai, sukan rakyat dan pertandingan layang-layang. 


Artikel - Iklan Apakahhh.....??!!

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum.....

Gilo apo??!


Terjumpa iklan ini di Facebook yang diposkan oleh seorang kawan. Ingatkan dalam akhbar sahaja ada iklan sebegini, rupanya dari dahulu lagi sudah ada. Bukanlah mahu menggalakkan untuk mencuba benda haram ini tetapi rasanya semua orang pun sudah tahu tentang buruknya akibat meminum benda ini yang dilarang oleh Allah s.w.t.  Terkejut juga dibuatnya, siap ada karangan iklan pula. 

Sebelum ini, saya ada poskan entri tentang majalah Mastika edisi lama dalam tulisan jawi. Format iklannya juga sama, ada gambar dan seperenggan karangan, cuma yang ini dalam versi Bahasa Melayu dengan ejaan lama. Seperkara lagi, iklan dalam majalah Mastika itu walaupun versi lama hanya mengiklankan produk-produk yang halal seperti pakaian, Milo dan Nescafe. 




Tiada yang baiknya meminum benda ini tidak kiralah apa jenama pun. Usahlah kita semua tertipu dengan slogannya dan iklannya. Bukannya BAIK UNTUK KITA tetapi sebenarnya BURUK UNTUK KITA.



Hidupan Liar - Haiwan Pelik-pelik Dari Serata Dunia

Kredit kepada: Yahoo Travel Inspirations
Gambar ihsan: Yahoo Travel Inspirations


Assalamualaikum.....

Apa kata orang ramai kalau diberitahu bahawa harimau, singa, dan seumpamanya hanyalah sebahagian yang ada di permukaan sahaja? 

Apa pendapat ramai jika diberitahu di serata dunia ini ada lagi makhluk lain yang pelik-pelik, menarik, dan kurang diketahui ramai tentang kewujudannya? Di sini disenaraikan beberapa spesis ...


Penyu bersinar



Pengunjung di Kepulauan Solomon menemui penyu yang boleh bersinar dengan warna kehijauan di bawah laut. Ini merupakan kes pertama didokumenkan berkenaan spesis reptilia bersinar. Menurut seorang penyelam David Gruber, profesor biologi di Kolej Baruch, cengkerang penyu hawksbill itu bersinar dengan warna hijau dan merah tetapi warna merah itu biasa datang daripada alga biofluorescent .


Tenggiling


(Photo: AP)

Tenggiling yang banyaknya ada di Asia dan Afrika mempunyai lidah panjang untuk makan semut dan anai-anai dan mempunyai cangkerang keratin yang keras. Satu-satunya mamalia yang mempunyai sifat penyesuaian diri seperti ini. Malangnya sifat yang unik ini menjadikannya sasaran pemburu haiwan eksotik untuk mendapatkan daging dan kulitnya. Ia dikelaskan sebagai antara spesis terancam.


Katak perut lutsinar Diane


(Photos: epa european pressphoto agency b.v./Alamy Stock Photo; Jelger Herder/Buiten-beeld/Minden Pictures/Corbis)

Nampak seperti Kermit dari Sesame Street? Ada banyak jenis katak spesis ini tetapi yang ini baru ditemui. Yang pertama di Costa Rica pada 1973. Warna hijaunya mampu menarik perhatian sesiapa yang melihatnya, tetapi lebih lagi kerana bahagian perutnya yang lutsinar dan boleh nampak organ dalamannya. Panjangnya kurang daripada 1 inci. Foto kanan ialah satu lagi spesis jenis ini. 


Axolotl, ikan berjalan Mexico


(Photo: iStock)


Nampak macam ikan dalam kartun Pokemon? Axolotl ialah spesis salamander kecil yang boleh ditemui di banyak tasik sekitar Mexico City, walaupun ia dikelaskan sebagai spesis terancam. Amfibia ini boleh tumbuhkan semula anggotanya, mata tiada kelopak dan berwarna hitam atau albino.


Ikan matahari


(Photo: Brittany Jones-Cooper) 


Ikan matahari berbeza kerana ia ikan bertulang terbesar di dunia dengan yang dewasa beratnya melebihi 2 tan. Makhluk berupa pelik ini ditemui di kawasan perairan tropika dan iklim sederhana seluruh dunia dan menjadi hidangan di Jepun, Korea dan Taiwan.  


Antelop Saiga


(Photo: iStock)


Antelop saiga boleh ditemui di kawasan sekitar Rusia, Kazakhstan dan Uzbekistan. Ia mudah dikenali berdasarkan bentuk hidungnya yang besar dan fleksibel. Realitinya, hidungnya dengan saiz sedemikian membantunya menapis habuk dan mengawal suhu darahnya. Pada bulan Mei 2015, lebih daripada 120,000 ekor antelop saiga ini ditemui mati. Saintis percaya haiwan ini menjadi mangsa wabak penyakit yang merebak dalam kelompoknya.  


Sotong selimut atau Tremoctopus


(Photo: YankeeLiveBait/YouTube)


Biasanya sotong mempunyai 8 sesungut tetapi spesis ini mempunyai sesungut yang kecil dan panjang beserta jaringan lutsinar kelihatan seperti skaf berwarna terang. Sotong ini yang betina boleh membesar sehingga 6 kaki panjang manakala yang jantan hanya 2 inci panjang. Yang menariknya sotong ini kebal daripada racun dan boleh menanggalkan sesungutnya untuk menjadi senjata mempertahankan diri.  


Labah-labah bertanduk panjang 


(Photo: iStock)

Labah-labah jenis ini nampak macam seronok dilihat dalam foto tetapi antara yang paling tidak mahu dilihat dalam rumah. Ia boleh menenun sarangnya dan membentuk seperti bola. Ia mempunyai 8 mata, dan tulang belakang yang panjang seperti tanduk yang memanjang keluar dari abdomennya. Ia banyak ditemui di hutan dan kawasan terbuka di Asia. 


Gharial


(Photo: iStock)

Ia nampak macam buaya tetapi bukan buaya. Ia dipanggil gharial, dan boleh ditemui berenang di kawasan perairan di India. Muncung panjangnya ada 110 batang gigi dan boleh memburu ikan dengan baik. Saintis menganggarkan hanya tinggal sekitar 235 ekor gharials yang masih wujud sehingga kini.


Ikan kelawar mulut merah


(Photo: Rein Ketelaars/Flickr)

Ikan kelawar ini ditemui di sekitar Kepulauan Gal├ípagos dan kelihatan berwarna. Biasanya ikan ini mempunyai tanduk dan berjalan di dasar laut berbanding berenang.   



Sumber haiwan pelik-pelik:  SINI  |    





Tuesday, October 27, 2015

Artikel - Tiba-tiba Ada Orang Di Belakang....

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Huahuahuaaaa!! 


Chupp! Chupp! Chupp!   :-*


Wanita ini merakamkan aksi dia membetulkan kedudukan rak dan selfie. Ketika itu dia bersendirian di rumah, tetapi ada sesuatu yang tidak kena apabila dia perasan ada kelibat seseorang di belakangnya. Menyangkakan itu sebagai jenaka, dia kemudian, mengambil foto dari tempat dia berdiri dan tidak nampak apa-apa pun membuatkan dia menjadi semakin takut.

Meelah Adams dalam video ini ialah seorang pelajar Media Production di Jerman. Dia sebagai penerbit, pelakon, pengadun bunyi, dan jurusolek artis. Erdal Ceylan pula selaku pengarah, pengarah fotografi, dan pereka produksi yang turut bertanggungjawab menyunting filem pendek ini. F**k You Zombie ialah salah satu karya yang dihasilkan berdasarkan satu lakon layar. 

Selfie From Hell merupakan salah satu karya tesisnya dan watak zombie merupakan simbol kepada novel yang dihasilkan. Selepas ini, video kedua dihasilkan dengan tajuk Dreamy.

Kalau anda rasa berani sangat, silalah klik ke paparan videonya:   SINI  |   

Sumber datang tanpa disedari:  SINI  |  SINI  |   


Artikel - Beberapa Kejadian Ringkas Dalam Penerbangan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Di Beijing, seorang wanita dari Taiwan menaiki pesawat untuk ke Amerika Syarikat tidak menyangka akan melahirkan bayinya dalam pesawat berkenaan.

Melahirkan dalam pesawat - Seorang wanita tidak dikenali telah memaksa pesawat dinaikinya untuk mendarat cemas di Alaska pada 8 Oktober lalu selepas dia melahirkan bayinya ketika pesawat berkenaan dalam penerbangannya dari Taiwan ke Los Angeles. Media tempatan melaporjab wanita itu cuba untuk melahirkan bayinya di Amerika Syarikat kerana ingin mendapatkan kerakyatan negara berkenaan untuk bayinya, dan berkali-kali bertanya pada kru pesawat "Adakah kita sudah berada dalam ruang udara Amerika Syarikat?" Dia kini perlu membayar denda $33,000 kerana menipu petugas penerbangan mengenai kehamilannya dan memaksa pesawat itu mendarat cemas. Walaubagaimanapun, bayinya tetap mendapat kerakyatan Amerika Syarikat kerana telah mendarat di Alaska, sebagaimana diperuntukkan dalam undang-undang Amerika Syarikat. 


Gila sekejap - Pesawat Korean Air yang bersedia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa JFK di New York kembali ke pintu masuk selepas eksekutif penerbangan yang membuat perjalanan dalam kelas pertama menjadi berang selepas ditawarkan kacang macadamia dalam beg, bukannya dalam bentuk hidangan. Cho Hyun-ah, anak kepada pengerusi Korean Air dan antara wanita terkaya di Korea Selatan telah mengarahkan ketua atendan pesawat keluar pesawat menyebabkan dia dipenjarakan setahun kerana menghalang tugas pesawat dan melakukan serangan. Insiden itu menjadi tumpuan kemarahan rakyat Korea Selatan kerana ekonominya didominasi oleh golongan konglomerat di kalangan keluarga.

Buka pintu kecemasan tiba-tiba - Seorang wanita China membuka pintu kecemasan dalam pesawat Asiana Airlines ketika pesawat ingin mendarat di lapangan terbang di Yanji. Tindakan itu menyebabkan slaid kecemasan terbuka dan memaksa pesawat berhenti tiba-tiba. Insiden ini membawa kepada pendedahan bahawa penumpang China telah membuka satu atau lebih pintu kecemasan pesawat tanpa kebenaran sekurang-kurangnya 12 kali dalam masa 6 bulan pertama tahun 2015 sahaja, membuatkan pelaku dikenakan penalti lebih berat. Ada insiden diisytihar hanya sebagai kemalangan, selebihnya menyalahkan penumpang yang menyalurkan kekecewaan mereka kerana kelewatan pesawat atau cubaan keluar dari pesawat, mengisyaratkan adanya masalah dengan penumpang yang tidak terkawal.

Keluar dari pintu kecemasan - Pada 2010, atendan pesawat Steven Slater membuka pintu pintu kecemasan pesawat JetBlue selepas pesawat itu mendarat di New York, keluar menerusi slaid kecemasan selepas mengumumkan menerusi sistem PA bahawa dia berhenti dan mengambil dua botol bir dari peti sejuk. Slater juga kata dia dikasari penumpang, namun rungutan itu tidak pernah disokong dan penyiasat mengandaikan dia minum dan mengalami stres. Slater kemudian dikritik kerana bertindak semberono dan dikenakan tindakan pemerhatian selama setahun kerana kelakuan jenayah.

Angkara penumpang mabuk - Seorang penumpang mabuk adalah perkara biasa, tetapi seorang penumpang dari kelas bisnes Gerard B. Finneran telah menunjukkan perangainya ketika dalam pesawat United Airlines dari Brazil ke New York pada 1995. Selepas dia ditegur membantunya ke bahagian minuman keras, pekerja pelaburan itu dilaporkan menolak dan mengugut atendan pesawat, kemudian ke kabin kelas pertama dan menanggalkan seluarnya dan membuang hajat pada kart servis makanan. Dia mengaku salah kerana misdemeanur dan bersetuju membayar $50,000 sebagai membayar kembali gangguan disebabkannya dan kos pembersihan.

Tarian erotik - Pada 2011, pesawat dari Lapangan Terbang Domodedovodi Moskow terpaksa berpatah balik selepas 15 minit berlepas apabila seorang penumpang mabuk mendekati juruterbang, menanggalkan cermin mata dan mula menari erotik. Wanita itu dikenalpasti sebagai warga Tatarstan dikeluarkan dari pesawat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan. Insiden sama pernah berlaku setahun kemudian selepas pesawat dari bandar Rusia terpaksa mendarat selepas seorang penumpang lelaki berbogel dan berlari dalam pesawat. Lelaki itu juga dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.   



Kecemasan tanpa diduga:  SINI  | 




Monday, October 26, 2015

Artikel - Soal Jawab: Hukum Menghadiri Majlis Qasidah dan Nyanyian Nasyid

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images, Quran.com


Assalamualaikum.....


Dijawab oleh: Syaikh Dr. Amin Al-Sa’di, Pensyarah di Jabatan Akidah, Uni. Islam Madinah, Arab Saudi.

Diterjemah oleh: Ustaz Abu Omar Idris Sulaiman (Disalin daripada rakaman sesi soal jawab Seminar Sejarah Sufi, 07.06.2013, Shah Alam)




Soalan:

Apa hukum menghadiri majlis habib-habib yang dibacakan di dalam majlis-majlis ini qasidah-qasidah dan nasyid-nasyid, walaupun dalam masa yang sama qasidah-qasidah ini adalah suatu benda yang baru?


Jawapan:

Seperti mana yang para ikhwah sedia maklum, bahawa manhaj salaf adalah manhaj yang cukup jelas. Dan sudah sedia maklum bahawa para Salaf Al-Soleh daripada kalangan para Sahabat, Tabi’in, dan Tabi’ Al-Tabi’in, mereka tidak pernah menghadiri majlis-majlis yang menyalahi sunnah Nabi. Kecuali untuk memberi nasihat dan menegakkan hujjah sahaja.Adapun untuk seseorang itu menghadiri majlis seperti ini dan mendengar nasyid-nasyid atau qasidah-qasidah ini, hal ini jelas akan meramaikan majlis-majlis yang menyimpang seperti ini, ia akan menjadi fitnah (tipudaya dan kekeliruan) bagi orang-orang awam di kalangan kaum Muslimin, dan memberi sokongan dan semangat kepada orang-orang yang menyimpang ini.

Allah Azza wa Jalla berfirman,




"Padahal kemuliaan itu hanyalah milik Allah, milik RasulNya dan milik orang-orang yang beriman, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengerti." (Surah Al-Munafiqun: ayat 8)

Maka orang yang bijaksana adalah mereka yang tidak menghadiri majlis-majlis seperti ini kecuali untuk menasihati mereka, atau membantah kebatilan mereka, dan untuk menegakkan hujah ke atas mereka. Sama sekali dia tidak akan menghadiri majlis-majlis seperti ini untuk mengambil hati sesiapa dan meramaikan hadirin, wal ‘iyyadzu billah, ini menyalahi manhaj Nabi ‘alaihissolatu wassalam.

Dan Alhamdulillah, cara dan pintu dakwah itu cukup banyak, dan seseorang itu hendaklah mengambil cara yang hikmah, dan barangkali tidak perlu menyebutkan nama-nama orang yang terlibat, sebaliknya terus memberikan nasihat serta dalil-dalil kebenaran. Wallahu a’lam.


Disalin dari rakaman sesi soal jawab Seminar Sejarah Sufi, 07.06.2013, Shah Alam


Paranormal - Kisah-kisah Hantu Yang Belum Pernah Didengari

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....





Setiap negara ada kisah ngeri atau seram mereka sendiri. Bila dibaca kisah yang dikongsi, ada antaranya langsung belum pernah didengari. Di Singapura, mungkin ada yang biasa dengar cerita Hospital Changi yang lama, nenek dan cucu sedang meronda kawasan tentera (?) dan kisah budak bermain guli atas atap rumah. Berikut adalah cerita yang sempat diperoleh daripada beberapa individu (bukan nama sebenar) yang sudi membuka mulut untuk menceritakannya.


1. Kisah pontianak dalam tandas sekolah - Jane Surin, 29, Pengurus Studio Tarian

"Kisah berlaku ketika saya di tingkatan 3 di sekolah perempuan di kawasan timur. Waktu itu jam 6.30 petang, saya, Mel, dan Calli pergi ke tandas. Ada khabar angin tentang perkara pelik berlaku dalam tandas ini. 

Mel tunggu di luar dan saya ikut Calli masuk ke tandas. Ketika Calli dalam tandas, saya mengikat rambut di sinki. Melihat dalam cermin, saya ternampak seorang perempuan berdiri dalam salah satu kubikel, memakai uniform sekolah kami dan wajahnya berpaling hadap ke dinding. Di lehernya ada benang merah. Yang peliknya, tangannya dihulur seperti memanggil saya. Saya sangat takut dan terus meluru keluar dan beritahu Mel apa yang saya nampak tadi. Dia beritahu kalau seseorang ikat benang merah dari kaki katil mereka ke pokok pisang, pontianak akan terikat dengan hajat orang itu. 

Bila Calli keluar dari tandas 10 minit kemudian, dia terkejut tengok saya ada di luar. Dia kata dia bercakap dengan saya dalam tandas tadi dan saya pula respon kata ‘Ah. Ah. Ah.’. Mel dan saya terus pegang Calli dan lari sekuat hati dari tandas itu. 

Sejak dari hari itu, kami tidak lagi menggunakan tandas itu."


2. Pasar berhantu - Wong Ah Sian, 76, Pesara

"Saya tinggal di rumah kedai di Tiong Bahru setentang dengan sebuah pasar basah lama, dengan beberapa unit, digelar sebagai rumah perang sebab sudah wujud sejak Perang Dunia Ke-2. Saya besarkan semua tujuh orang anak saya di sini.

Saya tidak ceritakan pada mereka kisah ini sehinggalah mereka dewasa dan bertanya kenapa saya hendak berpindah.

Pada satu malam, ketika tengah malam sesudah semua orang tidur, saya biasa dengar bunyi bising dari seberang jalan, dari arah pasar basah yang lama itu. Ia kedengaran seperti suasana bising orang berniaga pada sebelah pagi setiap hari tetapi semua kedai sudah tutup pada masa itu.

Bunyi akan jadi lagi bising bila tiba perayaan dipanggil Chinese Seventh Month. Pada masa itu, saya akan tutup semua tingkap dan langsir sebab takut dengan apa yang saya mungkin lihat.

Rumah itu sudah dijual lebih dari 10 tahun yang lalu."


3. Ada 'orang asing' dalam rumah baru - Colin Ng, 37, Juruterbang

"Pada tahun 1987, ketika saya berusia 9 tahun, keluarga saya berpindah ke sebuah rumah pangsapuri. Sebagai penganut Katolik, menjadi kebiasaan keluarga kami untuk panggil paderi untuk merahmati rumah kami. Sebelum memulakan upacara, saya terasa ada sesuatu yang aneh dalam bilik. 

Sebab saya anak tunggal, saya tidur seorang. Satu hari, selepas balik dari pertemuan keluarga, saya berbaring untuk cuba tidur. Kemudian saya terdengar bunyi berdengkur yang kuat seperti orang bernafas dengan hidung kemudian hembus dengan mulut. Terasa seram juga, saya anggap itu cuma dengkuran ayah saya dan terus tidur. 

Selepas beberapa malam, saya cuba siasat sendiri jika itu memang dengkuran ayah saya. Jadi saya berjalan melepasi bilik mereka dan dapati ia senyap sahaja. 

Bila mahu masuk sahaja bilik, saya terdengar lagi dengkuran itu. Bila mahu ke katil, saya dengar dengan jelas bunyi itu datang dari satu sudut bilik yang menempatkan almari baju. Pada masa itu saya sudah takut dan nadi saya berdenyut kencang. Saya terus baring dan tidak bergerak dan cuba lihat pada hujung kaki pada sudut gelap dari arah datangnya bunyi itu tetapi tiada sebarang penampakan. 

Saya mula berdoa tetapi bunyi itu masih belum berhenti. 

Dengan saki baki semangat yang ada, saya terus capai bantal peluk dan selimut dan terus meluru ke bilik ibu bapa saya dan tidur atas katil mereka. Saya cuma beritahu bilik saya panas dan terus tidur. 

Selepas itu, berada dalam bilik saya buatkan saya rasa kurang senang. Selepas kedatangan paderi ke rumah kami, tiada lagi insiden seperti itu." 


4. Dirasuk saka yang marah - Zulhelmi Ahmad, 27, Pembantu Pesawat

"Datuk saya ada waris (macam saka) diwarisi turun-temurun, yang melindunginya selama bertahun-tahun. Lain orang, lain warisnya tetapi datuk saya hanya menggunakan ayat suci al-Quran untuk melindungi dirinya. 

Oleh sebab datuk saya adalah lelaki terakhir dalam susr galur keturunannya, waris berkenaan menuntut untuk dapatkan pemilik baru. Datuk saya mula sakit dan lemah, dan waris itu mula menjadi agresif dan memberontak. 

Pada satu malam, ketika keluarga melawat datuk, waris merasuk anak saudara perempuan saya yang muda. Dia mula menjerit "Dia milik aku!"

Kami ketika itu di tingkat 7. Pakcik saya boleh dengar jeritannya sampai ke kedai kopi, ketika itu dia di tingkat bawah. Di satu masa, dalam keadaan dirasuk, dia boleh tolak ibunya ke dinding. 

Kami terus baca ayat-ayat al-Quran dan doa-doa untuk melemahkan dan menghalau makhluk halus ini. Selepas itu, anak saudara ini tidak sedar apa yang dibuatnya ketika dirasuk itu. 

Datuk saya meninggal dunia dan sejak dari itu, kami tidak lagi dengar atau mengalami sebarang gangguan daripada waris. Tidak tahulah sama ada ia hilang atau bergantung pada orang lain pula. Tidak kira apa pun, saya tidak mahu tahu."


5. Kemarahan roh di 'rumah merah' - Mr Lai, 31, Ejen Hartanah

"Insiden ini berlaku pada tahun 1996 ketika saya dan kawan sekolah menengah bertemu di sebuah chalet di Pasir Ris. Ketika waktu lapang, dia ajak saya untuk meneroka sebuah 'rumah merah' yang ada berdekatan tempat itu.

Kawan saya ini ada kelebihan 'boleh nampak' dan ajak saya untuk berjalan rapat dengannya.

Rumah itu dikelilingi pagar tetapi kami masih boleh masuk ikut bahagian yang berlubang di kawasan belakang. Sudahlah gelap, bila kami masuk sahaja, terasa seram sejuk.

Tiba-tiba kawan saya suruh patah balik. Ketika itu juga muncul cahaya terang seperti kilat dari luar yang menakutkan kami, dan kami pun terus keluar dari tempat itu.

Bila sampai di chalet, dua orang kawan saya mula muntah-muntah, dan ada seorang lelaki yang 'boleh nampak' itu cuma duduk dengan pandangan yang semacam. Dia demam selepas itu. Salah seorang kawan dan saya yang beragama Katolik tidak apa-apa.

Kami kemudian bercerita apa yang berlaku, salah seorang lelaki mendedahkan bahawa dia tidak sengaja terpijak 'hidangan' di luar rumah itu yang mungkin menjadi sebab roh di rumah itu marah. Kami tidak  bercerita mengenainya lagi selepas itu."



Sumber seram giler:  SINI  |   



Friday, October 23, 2015

Artikel - Pihak London Minta Turunkan Signboard Nama Kedai Kopi Yang Ofensif

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....



F***off Coffee?? Apa hal nie??!

Ada pihak terasa bahawa ia bukan satu bentuk jenaka yang baik, sebaliknya sebagai satu bentuk percakapan yang kasar. Lagi teruk bila ia menjadi nama kedai minum dengan papan tandanya ditulis begitu. Sungguh ofensif dan tidak boleh diterima. Tidak tahulah apa niat si tuan kedai menamakannya begitu. Mahu cuba berjenaka atau apa, tetapi yang pasti bukan semua orang boleh terima. Di Malaysia pun sebenarnya ada, tetapi ia tidaklah sekecoh di negara luar. Boleh sahaja ditukar.

Sebuah kedai kopi di selatan London telah diarahkan untuk menukarkan papan tanda kedai yang disifatkan ofensif oleh tuan tanah. 

F***offee yang terletak di Bermondsey Street menghantar foto surat yang diterima daripada peguam yang mengugut untuk memusnahkan papan tanda berkenaan jika mereka berdegil tidak menurunkannya.

Mewakili tuan punya bangunan tersebut, surat berkenaan menyatakan mereka sendiri akan memusnahkan papan tanda berkenaan jika tuan kedai itu berdegil atau tidak segera menurunkannya, atau mereka akan mengambil tindakan mahkamah untuk menyuruhnya menurunkan papan tanda tersebut.

F***offee meletakkan foto dengan kapsyen “No humour please, we’re British.”

Berikutan itu, tindakan mahkamah diambil berdasarkan rungutan daripada penduduk tempatan. Ada juga beberapa penduduk telah membuat laporan polis berkenaan hal ini dan ia diberitahu kepada pihak The Evening Standard. Walaubagaimanapun, pihak polis tidak mengambil tindakan kerana merasakan tidak mempunyai bukti yang cukup untuk meneruskannya.

Sehubungan itu, penyokong kedai ini telah mengeluarkan petisyen mempertahankan nama kedai ini:

“They have had a few anally retentive and gormless people complain about their name and now they have their money grabbing corporate landlord demand they take the sign down as it is deemed to be ‘offensive.’

“We, the undersigned, confirm we have a sense of humour and find the continued attack on our beloved F***offee an insult to freedom of expression, freedom of speech and humour.”




Sumber penuh kedegilan:  SINI  |   




Artikel - Ikon Emoji Jari Tengah

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

Ikon mencarut sudah ada ..... Whatta F********* ??? 





Apple telah memperkenalkan beberapa lagi ikon emoji yang baru termasuk ikon jari tengah. Simbol tangan yang bermaksud kasar ini, ada dalam pelbagai warna mengikut ton kulit. Ikon terbaru ini merupakan sebahagian daripada 150 karakter emoji sebagai sebahagian daripada kemaskini perisian bagi iOS 9.1 dalam Apple. Kini ia boleh dimuat turun secara percuma. Sistem operasi iOS 9.1 yang baru ini tiba bersama model iPhone 6s dan 6s Plus sebelum ini, namun ramai peminatnya yang tertunggu-tunggu perkembangan terbaru dalam perisiannya kecewa kerana ia tidak terdapat dalam kemaskini terbaru.

Sistem operasi versi 9.1 yang baru ini juga ada ikon kecil yang baru terbaru buritto, botol arak dan unikorn. Kemaskini perisian kali ini juga membawa kemaskini bagi foto bergerak dalam Apple’s ‘Live Photo’.

Pengguna Apple sepatutnya menerima kemaskini ini secara automatik, namun jika tidak pun, mereka masih boleh mendapatkannya di menu Settings, bawah General dan ke Software Update.


Kemaskini dan carutan:  SINI  |    



Artikel - Beginikah Pengakhirannya? Mungkin Tidak .....

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....



Harapnya ini hanya satu lagi teori saintis berkenaan bagaimana akan berlakunya kiamat di masa depan. Kalau tonton dalam filem, sudah bermacam teori dan idea yang entah dari mana sumber pun tidak tahu, sudah dipaparkan. Sebagai orang umat Islam, yang diberitahu dalam al-Quran dan hadis mengenai kiamat ialah tanda-tanda berlakunya, keadaannya, apa yang sesudahnya, tidak pula diberitahu secara tepat BILA tarikh atau waktu ia akan berlaku. Kalau semua orang sudah tahu, haibslah seluruh umat manusia yang hidup sekarang ini menjadi kelam kabut buat persediaan dan sebagainya. 


Saintis telah mengesan sebuah planet yang musnah kerana orbitnya ialah bintang mati yang dipanggil ‘white dwarf’. Ia mungkin menunjukkan satu visi apa akan berlaku pada alam manusia di masa akan datang.

"Kita mungkin boleh lihat sistem solar kita pecah di masa akan datang. Buat kali pertama, kita dapat lihat sebuah planet musnah akibat graviti kuat dan mengewap menjadi cahaya bintang dan menghujankan batuan pada bintangnya." kata Andrew Vanderburg dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics.

Bintang seperti matahari dalam sistem solar akan semakin lemah, berkembang menjadi besar dan merah kemudian perlahan-lahan hilang jisimnya hampir separuh, mengecil kepada 1/100 saiz asalnya hingga hampir sebesar bumi.

Satu pasukan kajian diketuai oleh Vanderburg menemui corak yang luar biasa tetapi biasa dalam data teleskopnya. an unusual, but vaguely familiar pattern in telescope data.

Walaupun terdapat penurunan ketara dalam kecerahan berlaku setiap 4.5 jam, ia menyekat sehingga 40% cahaya dari bintang ini, isyarat transit planet kecil ini tidak menunjukkan bentuk corak seperti U yang biasa.

Ia menunjukkan cincin serpihan berdebu mengelilinginya, dan apa yang boleh menjadi tanda planet kecil yang mengewap.
 
"Penemuan terbaik datang pada malam terakhir pemerhatian dengan menyedari secara tiba-tiba apa yang berlaku di sekitar bintang itu. Bentuk dan perubahan kedalaman transit itu ialah tanda yang tidak dapat dinafikan, "kata Vanderburg.

Sedekad yang lalu, kami telah mengesyaki bahawa bintang
‘white dwarf’ telah memakan saki-baki objek berbatu, dan keputusan penting inilah yang kita cari, "kata Fergal Mullally, NASA.



Sumber letupan:  SINI  |     





Wednesday, October 21, 2015

Artikel - Jalan Yang Ditempuh Dalam Menegakkan Agama Islam.

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB



Assalamualaikum.....




Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki - Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.



Monday, October 19, 2015

Artikel - Menolak Ajakan Kerana Agama

Kredit kepada: Isu Kaki Panas
Gambar ihsan: Isu Kaki Panas



Assalamualaikum.....




Jenis wanita sebegini sepatutnya menjadi contoh kepada semua. Agama adalah segalanya. Terbaik! 

Jangankan sebilik, tawaran bilik berasingan pun ditolak.



Sumber foto:   SINI  |    




Artikel - Kecederaan dan Kemalangan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News



Assalamualaikum.....

Sebelum ini, pengarah filem The Expendables 3 kena tumbuk dengan Ronda Rousey yang berlakon dalam filem itu, sehingga patah beberapa tulang rusuk. Dia hanya sedar perkara berkenaan setelah bangun tidur pada keesokan harinya selepas disapa oleh anaknya :-O  Adooii....

Dalam industri perfileman, kerjaya ini nampak profesional tetapi sangat berisiko juga, terutama jika melibatkan penggunaan kesan khas dan mereka yang mahir dalam membikin aksi lagak ngeri. Yang kita selalu tonton di layar lebar itu adalah hasil kerja profesional mereka. Di sebaliknya, banyak kerja yang mereka perlu lakukan dahulu untuk menghasilkan filem dengan kualiti dan shot seperti yang ingin dipaparkan. Berisiko, berbahaya, malah ada juga yang memang kerja gila! 





Olivia Jackson, yang menjadi stunt double untuk pelakon Milla Jovovich mengalami cedera parah di set penggambaran Resident Evil: The Final Chapter ketika satu sesi penggambaran filem berkenaan di Afrika Selatan. Kini dia dalam keadaan koma. Luahnya selepas sedar kembali:

2 weeks in a coma, brain bleed, brain swelling, severed main artery in the neck, crushed & degloved face, several broken ribs, paralyzed arm, shattered scapula, broken clavicle, broken humerus, broken radius & ulna, with an open wound and a 7.5 piece of bone missing, amputated thumb, torn fingers, 5 nerves torn out of the spinal cord…. not my funnest day on set.”


Ketika penggambaran, dia menaiki motorsikal dengan laju apabila dia terlanggar peralatan kamera yang merakamkan aksi kejar-mengejar.

Milla Jovovich, pelakon filem Resident Evil: The Final Chapter, menulis di laman Facebook meminta peminatnya mendoakan kesembuhan Olivia Jackson dan menyatakan pelakon itu kini dalam keadaan koma.


    “I sit down to write this post with a heavy heart, because a terrible accident rocked our set on Saturday the 5th of September. My incredibly talented stunt double, Olivia Jackson, collided with a camera crane while performing a motorcycle stunt and it put her in the hospital with severe, multiple injuries. The cast and crew of Resident Evil: The Final Chapter have been totally devastated and are waiting with bated breath for news on her recovery – we now understand she is stable and being carefully monitored by very experienced South African doctors.

    “I wasn’t personally there to witness it, but from the reports I got, it was awful. None of us have experienced anything like this in our careers making action films and hope we never do again, but the production reacted very quickly to ensure she received the best care and also in reaching out to her family and making sure they were informed and looked after during this overwhelmingly difficult time. Thank God, they have been by her side through out this harrowing week.

    “Its a miracle that she survived. I didn’t know her very well, as we were all just getting going with the film, but the few times we rehearsed together, I really looked up to her because she danced through the choreography, beautiful and graceful. It’s a testament to Olivia’s strength that she managed to survive and also the quick reaction of our on set safety officer and his team that she has finally been pronounced stable.

    “All of us here have been praying every single day for her and her family and sending our thoughts out hoping some of the positive energy reaches her, because she truly needs it… I would really appreciate it if you would take a moment out of your busy days ahead and pray for Olivia’s full recovery too. She needs all the help she can get right now and every bit of the good energy we can send.”


Pihak publisitinya, Constantin Film mengeluarkan kenyataan kepada Deadline mengenai kecederaan yang dialami oleh Jackson. Dia merupakan pelakon lagak ngeri cedera di tangan kiri, kepala, muka, dan bahu.
Filem kali ini diarahkan oleh pengarah yang sama seperti edisi terdahulu, Paul W.S. Anderson. 


Sumber berani mati:   SINI  |   



Artikel - Cantiknya Empunya Badan.....

Kredit kepada: Blog Apa Kes
Gambar ihsan: Blog Apa Kes



Assalamualaikum.....

Sekali tengok tuannya, memanglah cantik jelita tetapi bukankah lebih elok kalau kejelitaan dan kecomelan diri itu disimpan sebaiknya dengan cara menutup aurat? Populariti bukanlah semestinya diraih dengan cara seperti itu. Ada juga beberapa artis yang meraihnya dengan cara yang elok. Kenapa tidak ikut sahaja cara yang sebaik itu? Tengok sahaja Siti Nurhaliza atau mereka yang bersiaran di saluran TV Al-Hijrah. Boleh sahaja...











Gadis comel ini yang dikenali sebagai chacha_lenora mengikut nama akaun Instagram miliknya. Gadis comel ini nampaknya hilang arah apabila memuat naik beberapa keping gambar separuh bogel memakai baju renang yang cukup seksi dan juga beberapa gambar yang menampakkan bentuk tubuh seksinya.

Selain daripada itu baru-baru ini chacha_lenora memuat naik gambar bertudung  namun menampakkan sedikit bahagian buah dadanya. Dari apa yang kami intai, sebenarnya gadis ini berminat untuk menjadi model, walaubagaimanapun menjadi seksi dan mendedahkan aurat bukanlah dasar utama untuk menjadi seorang model yang terkenal.  




Sumber rujukan:   SINI  |   SINI   |