Gambar ihsan: Owner
Assalamualaikum.....
Cabaran Memanah Qurban anjuran
Terengganu Archery Center (TAC) diadakan pada 3.10.2015 bertempat di
kawasan lapang sebelah parkir kenderaan di Sabasun 2, Gong Badak, Kuala
Terengganu bermula sekitar jam 10 pagi. Cabaran ini adalah memanah tradisional dan tidak menggunakan busur jenis recurve atau compound. Tujuannya adalah untuk melatih kemahiran memanah cara Islam dan sebagai satu cara menghidupkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w..
Acara
kali ini dihadiri lebih ramai peserta dari Kuala Terengganu, Setiu
serta dari Kelantan dan Johor. Acara kali ini diadakan dengan kategori dewasa,
kanak-kanak, individu dan berkumpulan dengan bayaran serendah RM10
seorang. Jarak sasaran adalah 25 meter, 35 meter dan 45 meter. Busur dan
panah adalah dibawa sendiri dengan setiap satu dilabelkan mengikut kod
peserta yang telah diberikan oleh penganjur bagi memudahkan catatan
markah selepas panahan selesai. Durasi pertandingan adalah selama 1
minit bagi setiap sesi saringan. Para peserta dengan kutipan markah
tinggi akan dipanggil mengikut kod masing-masing bagi memasuki setiap
saringan.
Peserta mengutip kembali anak panah dan hakim bertugas mengira markah
Banner penganjur di kanopi. Peserta yang bertanding juga menunggu di sini.
Juri dan hakim di kanopi
Ustaz Nazrin dengan side quiver lengkap dengan busur dan anak panah
Sasaran bergerak untuk sesi sebelah petang
Hadiah kepada yang memenangi pertandingan hari ini
Persediaan sebelum memanah - sembang apa la agaknya :-)
Bagi kategori sasaran bergerak, acara bermula sekitar jam 2 petang. Makan minum adalah disediakan oleh pihak penganjur. Hadiah disediakan kepada pemenang, adalah seunit busur jenis Anak Awan dan Jati Tunggal.
No comments:
Post a Comment