MY FOLLOWERS

Thursday, October 29, 2015

Artikel - Percutian TBK Kemas Dalily di Tasik Kenyir 26.10.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Sekitar hari percutian  

Bertolak dari tadika sekitar jam 8 pagi, menaiki bas yang disewa pihak tadika bersama kawan-kawan dan ibu bapa masing-masing. Makan minum adalah disediakan oleh salah seorang wakil keluarga dengan hidangan sarapan McDonald's beserta air teh dan kopi. Makan minum lain dibawa sendiri ikut suka. Begitu juga pakaian persalinan, tuala mandi dan pelampung untuk mandi-manda.  

Bayaran dikenakan adalah RM15 untuk murid dan RM20 untuk ibu bapa. Bas bertolak melalui kawasan Tepoh dan Sungai Ikan.



Berkumpul sebelum menaiki bot


Sampai di Tasik Kenyir sekitar jam 9.30 pagi. Untuk ke kawasan Kenyir Water Park di seberang, pengunjung perlu menaiki bot yang disediakan yang memuatkan 10 orang bagi setiap trip. Masa perjalanan bot sekitar 2 minit sahaja. Buat masa sekarang, perkhidmatan bot ini diperlukan lagi sementara menanti bahagian jambatan ke taman tema air ini siap mungkin tahun depan. Selain murid TBK Kemas Dalily, turut berkunjung pada hari ini ialah murid-murid TBK Kemas Kuala Nerus dan murid-murid sekolah menengah dari Pulau Perhentian.

Di Kenyir Water Park, pengunjung diingatkan supaya tidak duduk di kawasan batuan licin bagi mengelakkan perkara tidak diingini. Wisel akan dibunyikan oleh petugas jika didapati melakukannya.




Sementara diberi taklimat









Selain kolam untuk bersuka ria, kemudahan seperti gazebo, kafe, kedai menjual baju, tandas dan surau juga disediakan. Untuk murid-murid TBK Kemas Dalily, makan tengahari disediakan oleh pihak tadika. Sekitar 2.30 petang dan selesai solat Zohor, kami berangkat pulang. Meskipun penat tetapi masing-masing tetap pulang dengan perasaan seronok dan penuh keriangan.  

Kami sampai semula di Kuala Terengganu jam 4 petang. 



No comments: