Gambar ihsan: -
Assalamualaikum.....
Masalah ini rupanya sudah berzaman berlaku dalam dunia penulisan blog, kepada sesiapa yang menggunakan platform blogger ini. Halnya kalau mahu ikuti mana-mana blog dan tambah dalam senarai, senang sahaja tetapi yang menjadi masalah dan membuatkan rasa sakit hati ialah bila mahu membuang mana-mana blog yang sudah tidak lagi dikehendaki tetapi tiada butang sesuai untuk membantu membuangnya. Kalau sudah tidak berkenan, takkanlah mahu terus tersangkut memerhatikan ada dalam senarai begitu sahaja. Bukankah akan semakin menyemakkan kepala dan semakin menyakitkan hati dibuatnya?!
Jadi apa penyelesaiannya?
Saya sendiri suka penyelesaian yang praktikal dan tidak banyak songeh. Kalau mahu baca ulasan daripada Google yang panjang lebar dan membuang masa, baik cari cara lain. Banyak cara ditunjukkan di internet. Pengguna hanya perlu terus mencari hingga jumpa yang sesuai.
Mula-mula taipkan dalam petak enjin carian - how to remove blog from my blog list
Saya sudah baca dahulu beberapa halaman forum. Rata-rata pengguna platform Blogger memang marah dan tidak puas hati. Jadi ada seorang yang cadangkan penyelesaian seperti di bawah ini.
KLIK https://www.blogger.com/manage-blogs-following.g dan anda akan dibawa ke halaman ini.
Sampai di halaman ini, anda boleh klik pada ikon 'tong sampah' di hujung sebelah kanan setiap blog yang anda ikuti untuk membuang mana-mana blog yang anda mahu daripada senarai anda. Turun hingga ke bawah halaman itu dan ada butang Add jika mahu tambah blog baru dalam senarai anda.
No comments:
Post a Comment