Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB
Assalamualaikum.....
Gambar ihsan: FB
Assalamualaikum.....
Imam Syafie – Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.
Imam Hanafi – Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum
racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan
dasar-dasar pemerintah.
Imam Maliki - Disebat dengan cemeti
lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering
mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.
Imam Hambali - Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga
hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan
dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul
daripada ulama.
Sufyan Ath-Thauri - Seorang wali Allah yang
termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan
khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan
kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka
mati tertimbus tanah.
Said bin Jubair - Seorang wali Allah yang
dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat,
menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.
Abu Yazid Al Bustami - Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah.
Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah.
Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.
Abul Husin An Nuri - Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap
dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang
membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.
Imam Nawawi -
Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana
menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang
wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.
No comments:
Post a Comment