MY FOLLOWERS

Wednesday, October 14, 2015

Berita - Pengacara TV Tersilap Siar Futej Permainan Video Sebagai Serangan Rusia Kepada ISIS ...??

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images

 

Assalamualaikum.....


Sendiri buat sendiri tanggung la! Hahahaha!


Muka tak bersalah...


Seorang pengacara TV dari Mesir, Ahmed Moussa dihentam media sosial selepas dia dengan bangganya bersiaran dalam rancangannya yang penuh kontroversi  “Ala Masouliyiti (At my own risk)”, kali ini dengan memaparkan futej apa yang disifatkannya sebagais serangan udara Rusia ke atas ISIS. Video berkenaan kemudiannya didapati sebagai adegan dalam permainan video “Apache: Air Assault” keluaran tahun 2010. 

Bukan setakat itu, dia dengan bangganya menyokong dan menyeru sedunia agar menyokong Rusia yang disifatkannya sebagai kuat, bijak dan efektif dalam serangan menentang pengganas tanpa belas kasihan di medan perang. Moussadan kru penerbitan bagaimanapun gagal mendapatkan sumber video tersebut yang dimuatnaik di Youtube pada Disember 2010. “Apache: Air Assault” diterbitkan oleh syarikat Activision merupakan permainan perang melawan pengganas dan alih suaranya dalam bahasa Inggeris dan bukan Rusia. 

Moussa percaya bahawa revolusi Mesir pada 25.1.2015 yang lalu sebagai sebahagian konspirasi Amerika menentang kerajaan Presiden Hosni Mubarak. 

Walaupun nama rancangannya begitu (atas risiko sendiri) namun tiada seorang pun daripada mana-mana kru berkenaan bertanggungjawab atas kesilapan itu dan pengarahnya Yousef Sherbatli menyalahkan ketua editor, Mohamed Dunia.


Dengan muka yang tak bersalah:  SINI  |    



No comments: