Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Harapnya ini hanya satu lagi teori saintis berkenaan bagaimana akan berlakunya kiamat di masa depan. Kalau tonton dalam filem, sudah bermacam teori dan idea yang entah dari mana sumber pun tidak tahu, sudah dipaparkan. Sebagai orang umat Islam, yang diberitahu dalam al-Quran dan hadis mengenai kiamat ialah tanda-tanda berlakunya, keadaannya, apa yang sesudahnya, tidak pula diberitahu secara tepat BILA tarikh atau waktu ia akan berlaku. Kalau semua orang sudah tahu, haibslah seluruh umat manusia yang hidup sekarang ini menjadi kelam kabut buat persediaan dan sebagainya.
Saintis telah mengesan sebuah planet yang musnah kerana orbitnya ialah bintang mati yang dipanggil
‘white dwarf’. Ia mungkin menunjukkan satu visi apa akan berlaku pada alam manusia di masa akan datang.
"Kita mungkin boleh lihat sistem solar kita pecah di masa akan datang. Buat kali pertama, kita dapat lihat sebuah planet musnah akibat graviti kuat dan mengewap menjadi cahaya bintang dan menghujankan batuan pada bintangnya." kata Andrew Vanderburg dari Harvard-Smithsonian Center for Astrophysics.
Bintang seperti matahari dalam sistem solar akan semakin lemah, berkembang menjadi besar dan merah kemudian perlahan-lahan hilang jisimnya hampir separuh, mengecil kepada 1/100 saiz asalnya hingga hampir sebesar bumi.
Satu pasukan kajian diketuai oleh Vanderburg menemui corak yang luar biasa tetapi biasa dalam data teleskopnya. an unusual, but vaguely familiar pattern in telescope data.
Walaupun terdapat penurunan ketara dalam kecerahan berlaku setiap 4.5 jam, ia menyekat sehingga 40% cahaya dari bintang ini, isyarat transit planet kecil ini tidak menunjukkan bentuk corak seperti U yang biasa.
Ia menunjukkan cincin serpihan berdebu mengelilinginya, dan apa yang boleh menjadi tanda planet kecil yang mengewap.
"Penemuan terbaik datang pada malam terakhir pemerhatian dengan menyedari secara tiba-tiba apa yang berlaku di sekitar bintang itu. Bentuk dan perubahan kedalaman transit itu ialah tanda yang tidak dapat dinafikan, "kata Vanderburg.
Sedekad yang lalu, kami telah mengesyaki bahawa bintang ‘white dwarf’ telah memakan saki-baki objek berbatu, dan keputusan penting inilah yang kita cari, "kata Fergal Mullally, NASA.
Sedekad yang lalu, kami telah mengesyaki bahawa bintang ‘white dwarf’ telah memakan saki-baki objek berbatu, dan keputusan penting inilah yang kita cari, "kata Fergal Mullally, NASA.
Sumber letupan: SINI |
No comments:
Post a Comment