MY FOLLOWERS

Sunday, October 4, 2015

Artikel - Tukar Kembali Attribute Fail dan Folder Tersorok Kepada Asal Akibat Virus

Kredit kepada: Google, laman Raymond Tech
Gambar ihsan: -



Assalamualaikum.....


Ada sesiapa pernah terkena virus komputer jenis ini?

Ciri virus ini bila menyerang anda:
  • Semua fail akan dengan attribute asalnya archive akan ditukar secara tiba-tiba menjadi hidden dengan keadaan tidak dapat ditukar. 
  • Semua fail asal akan disorok. (Jangan menggelabah dahulu sebab fail asalnya belum hilang, kena pergi ke Menu Tools > Folder Option > View dan klik pada Show hidden files untuk bolehkan komputer tunjukkan semua fail yang disorok itu)
  • Semua yang nampak macam asal itu ditukar kepada bentuk Shortcut (dengan anak panah)


Hari ini baru jumpa penyelesaiannya. Senang sahaja, mula-mula cari di Google dengan menaip how to change attributes of a folder dan lihat pilihan yang disenaraikan.





Kemudian, pilih pautan ini ( https://www.raymond.cc/blog/reset-system-and-hidden-attributes-for-files-or-folders-caused-by-virus/view-all/ ) dan anda akan dibawa ke halamannya seperti di bawah.   




Kalau anda rajin untuk membacanya, silakan baca hingga habis, tetapi kalau tidak mahu peningkan kepala dan mahu lebih cepat, skrol ke bawah dan anda diberi beberapa pilihan. Pilih yang ke-3 ( Unhide using Attribute Changer ) dan klik pada pautan Attribute Changer yang berwarna biru itu.



Segala ulasan di bawahnya boleh anda abaikan sahaja kalau terasa malas buang masa membacanya. Penyelesaian lebih praktikal dan lebih cepat mungkin pilihan buat mereka yang tidak mahu serabut dengan macam-macam masalah. Bila klik pautan Attribute Changer yang diberi, anda akan sampai pada halaman ini (lihat bawah) dan klik pada Download Attribute Changer. 




Kemudian anda akan sampai ke halaman ini seperti di bawah. Klik pada Download. Abaikan yang lain-lain.



Dan anda akan dibawa ke halaman ini. Bila keluar kotak dengan fail ac.exe, klik pada Save File. Anda boleh pilih versi mana yang anda mahu. Saya pilih versi 8.0b.



Bergantung pada di mana anda simpan (Save) perisian yang anda muat turun itu, cari di tempat anda simpan dan anda akan ada ikon seperti di bawah. Klik pada ikon berkenaan dan install perisian ini. Ikut arahannya hingga keluar arahan Finish.




Bila sudah selesai, anda boleh pergi semula ke fail yang terkena virus tadi. Klik kanan pada fail yang dipilih itu dan lihat Menu yang keluar, akan ada pilihan menu Change Attributes dalam senarainya. Lihat di bawah..





Bila sudah tukar, keadaan fail akan kembali pada asal. Boleh juga untuk lakukan proses ini pada banyak fail sekaligus.




No comments: