MY FOLLOWERS

Monday, October 19, 2015

Berita - Hari Sukan Negara, Perkarangan Stadium Tertutup, Gong Badak 10.10.2015

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....



Ibu bapa dan murid-murid berkumpul sebelum acara


Antara hadiah cabutan bertuah yang disediakan



Senamrobik dikendalikan oleh Cinta Fitness Studio


Orang ramai mengikuti acara senamrobik sebelum peserta larian dilepaskan


Peta laluan untuk larian bagi setiap kategori





Acara bermula jam 7 pagi ini dihadiri para murid Tabika Kemas dari beberapa cawangan. Acara pagi dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh beberapa ahli dari Cinta Fitness Studio. Acara diteruskan dengan larian yang dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu 5 km untuk dewasa, 3 km untuk pelajar sekolah dan 1 km untuk murid-murid tabika. Bagi setiap kategori, pelari akan dibantu untuk melalui laluan yang ditetapkan dengan bantuan seorang marsyal bermotorsikal.

Selain itu, turut diadakan sesi cabutan bertuah kepada semua yang menyertai acara hari ini. Hadiah disediakan berupa barangan elektrik seperti mesin basuh, pengisar dan seterika, serta beberapa hamper. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur. Gerai jualan juga dibuka untuk kemudahan orang ramai.

No comments: