Gambar ihsan: Yahoo Travel Inspirations
Assalamualaikum.....
Apa kata orang ramai kalau diberitahu bahawa harimau, singa, dan seumpamanya hanyalah sebahagian yang ada di permukaan sahaja?
Apa pendapat ramai jika diberitahu di serata dunia ini ada lagi makhluk lain yang pelik-pelik, menarik, dan kurang diketahui ramai tentang kewujudannya? Di sini disenaraikan beberapa spesis ...
Penyu bersinar
Pengunjung di Kepulauan Solomon menemui penyu yang boleh bersinar dengan warna kehijauan di bawah laut. Ini merupakan kes pertama didokumenkan berkenaan spesis reptilia bersinar. Menurut seorang penyelam David Gruber, profesor biologi di Kolej Baruch, cengkerang penyu hawksbill itu bersinar dengan warna hijau dan merah tetapi warna merah itu biasa datang daripada alga biofluorescent
.
Tenggiling
(Photo: AP)
Tenggiling yang banyaknya ada di Asia dan Afrika mempunyai lidah panjang untuk makan semut dan anai-anai dan mempunyai cangkerang keratin yang keras. Satu-satunya mamalia yang mempunyai sifat penyesuaian diri seperti ini. Malangnya sifat yang unik ini menjadikannya sasaran pemburu haiwan eksotik untuk mendapatkan daging dan kulitnya. Ia dikelaskan sebagai antara spesis terancam.
Katak perut lutsinar Diane
(Photos: epa european pressphoto agency b.v./Alamy Stock Photo; Jelger Herder/Buiten-beeld/Minden Pictures/Corbis)
Nampak seperti Kermit dari Sesame Street? Ada banyak jenis katak spesis ini tetapi yang ini baru ditemui. Yang pertama di Costa Rica pada 1973. Warna hijaunya mampu menarik perhatian sesiapa yang melihatnya, tetapi lebih lagi kerana bahagian perutnya yang lutsinar dan boleh nampak organ dalamannya. Panjangnya kurang daripada 1 inci. Foto kanan ialah satu lagi spesis jenis ini.
Axolotl, ikan berjalan Mexico
(Photo: iStock)
Nampak macam ikan dalam kartun Pokemon? Axolotl ialah spesis salamander kecil yang boleh ditemui di banyak tasik sekitar Mexico City, walaupun ia dikelaskan sebagai spesis terancam. Amfibia ini boleh tumbuhkan semula anggotanya, mata tiada kelopak dan berwarna hitam atau albino.
Ikan matahari
(Photo: Brittany Jones-Cooper)
Ikan matahari berbeza kerana ia ikan bertulang terbesar di dunia dengan yang dewasa beratnya melebihi 2 tan. Makhluk berupa pelik ini ditemui di kawasan perairan tropika dan iklim sederhana seluruh dunia dan menjadi hidangan di Jepun, Korea dan Taiwan.
Antelop Saiga
(Photo: iStock)
Antelop saiga boleh ditemui di kawasan sekitar Rusia, Kazakhstan dan Uzbekistan. Ia mudah dikenali berdasarkan bentuk hidungnya yang besar dan fleksibel. Realitinya, hidungnya dengan saiz sedemikian membantunya menapis habuk dan mengawal suhu darahnya. Pada bulan Mei 2015, lebih daripada 120,000 ekor antelop saiga ini ditemui mati. Saintis percaya haiwan ini menjadi mangsa wabak penyakit yang merebak dalam kelompoknya.
Sotong selimut atau Tremoctopus
(Photo: YankeeLiveBait/YouTube)
Biasanya sotong mempunyai 8 sesungut tetapi spesis ini mempunyai sesungut yang kecil dan panjang beserta jaringan lutsinar kelihatan seperti skaf berwarna terang. Sotong ini yang betina boleh membesar sehingga 6 kaki panjang manakala yang jantan hanya 2 inci panjang. Yang menariknya sotong ini kebal daripada racun dan boleh menanggalkan sesungutnya untuk menjadi senjata mempertahankan diri.
Labah-labah bertanduk panjang
(Photo: iStock)
Labah-labah jenis ini nampak macam seronok dilihat dalam foto tetapi antara yang paling tidak mahu dilihat dalam rumah. Ia boleh menenun sarangnya dan membentuk seperti bola. Ia mempunyai 8 mata, dan tulang belakang yang panjang seperti tanduk yang memanjang keluar dari abdomennya. Ia banyak ditemui di hutan dan kawasan terbuka di Asia.
Gharial
(Photo: iStock)
Ia nampak macam buaya tetapi bukan buaya. Ia dipanggil gharial, dan boleh ditemui berenang di kawasan perairan di India. Muncung panjangnya ada 110 batang gigi dan boleh memburu ikan dengan baik. Saintis menganggarkan hanya tinggal sekitar 235 ekor gharials yang masih wujud sehingga kini.
Ikan kelawar mulut merah
(Photo: Rein Ketelaars/Flickr)
Ikan kelawar ini ditemui di sekitar Kepulauan Galápagos dan kelihatan berwarna. Biasanya ikan ini mempunyai tanduk dan berjalan di dasar laut berbanding berenang.
Sumber haiwan pelik-pelik: SINI |
No comments:
Post a Comment