MY FOLLOWERS

Tuesday, October 27, 2015

Artikel - Beberapa Kejadian Ringkas Dalam Penerbangan

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Di Beijing, seorang wanita dari Taiwan menaiki pesawat untuk ke Amerika Syarikat tidak menyangka akan melahirkan bayinya dalam pesawat berkenaan.

Melahirkan dalam pesawat - Seorang wanita tidak dikenali telah memaksa pesawat dinaikinya untuk mendarat cemas di Alaska pada 8 Oktober lalu selepas dia melahirkan bayinya ketika pesawat berkenaan dalam penerbangannya dari Taiwan ke Los Angeles. Media tempatan melaporjab wanita itu cuba untuk melahirkan bayinya di Amerika Syarikat kerana ingin mendapatkan kerakyatan negara berkenaan untuk bayinya, dan berkali-kali bertanya pada kru pesawat "Adakah kita sudah berada dalam ruang udara Amerika Syarikat?" Dia kini perlu membayar denda $33,000 kerana menipu petugas penerbangan mengenai kehamilannya dan memaksa pesawat itu mendarat cemas. Walaubagaimanapun, bayinya tetap mendapat kerakyatan Amerika Syarikat kerana telah mendarat di Alaska, sebagaimana diperuntukkan dalam undang-undang Amerika Syarikat. 


Gila sekejap - Pesawat Korean Air yang bersedia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa JFK di New York kembali ke pintu masuk selepas eksekutif penerbangan yang membuat perjalanan dalam kelas pertama menjadi berang selepas ditawarkan kacang macadamia dalam beg, bukannya dalam bentuk hidangan. Cho Hyun-ah, anak kepada pengerusi Korean Air dan antara wanita terkaya di Korea Selatan telah mengarahkan ketua atendan pesawat keluar pesawat menyebabkan dia dipenjarakan setahun kerana menghalang tugas pesawat dan melakukan serangan. Insiden itu menjadi tumpuan kemarahan rakyat Korea Selatan kerana ekonominya didominasi oleh golongan konglomerat di kalangan keluarga.

Buka pintu kecemasan tiba-tiba - Seorang wanita China membuka pintu kecemasan dalam pesawat Asiana Airlines ketika pesawat ingin mendarat di lapangan terbang di Yanji. Tindakan itu menyebabkan slaid kecemasan terbuka dan memaksa pesawat berhenti tiba-tiba. Insiden ini membawa kepada pendedahan bahawa penumpang China telah membuka satu atau lebih pintu kecemasan pesawat tanpa kebenaran sekurang-kurangnya 12 kali dalam masa 6 bulan pertama tahun 2015 sahaja, membuatkan pelaku dikenakan penalti lebih berat. Ada insiden diisytihar hanya sebagai kemalangan, selebihnya menyalahkan penumpang yang menyalurkan kekecewaan mereka kerana kelewatan pesawat atau cubaan keluar dari pesawat, mengisyaratkan adanya masalah dengan penumpang yang tidak terkawal.

Keluar dari pintu kecemasan - Pada 2010, atendan pesawat Steven Slater membuka pintu pintu kecemasan pesawat JetBlue selepas pesawat itu mendarat di New York, keluar menerusi slaid kecemasan selepas mengumumkan menerusi sistem PA bahawa dia berhenti dan mengambil dua botol bir dari peti sejuk. Slater juga kata dia dikasari penumpang, namun rungutan itu tidak pernah disokong dan penyiasat mengandaikan dia minum dan mengalami stres. Slater kemudian dikritik kerana bertindak semberono dan dikenakan tindakan pemerhatian selama setahun kerana kelakuan jenayah.

Angkara penumpang mabuk - Seorang penumpang mabuk adalah perkara biasa, tetapi seorang penumpang dari kelas bisnes Gerard B. Finneran telah menunjukkan perangainya ketika dalam pesawat United Airlines dari Brazil ke New York pada 1995. Selepas dia ditegur membantunya ke bahagian minuman keras, pekerja pelaburan itu dilaporkan menolak dan mengugut atendan pesawat, kemudian ke kabin kelas pertama dan menanggalkan seluarnya dan membuang hajat pada kart servis makanan. Dia mengaku salah kerana misdemeanur dan bersetuju membayar $50,000 sebagai membayar kembali gangguan disebabkannya dan kos pembersihan.

Tarian erotik - Pada 2011, pesawat dari Lapangan Terbang Domodedovodi Moskow terpaksa berpatah balik selepas 15 minit berlepas apabila seorang penumpang mabuk mendekati juruterbang, menanggalkan cermin mata dan mula menari erotik. Wanita itu dikenalpasti sebagai warga Tatarstan dikeluarkan dari pesawat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan. Insiden sama pernah berlaku setahun kemudian selepas pesawat dari bandar Rusia terpaksa mendarat selepas seorang penumpang lelaki berbogel dan berlari dalam pesawat. Lelaki itu juga dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.   



Kecemasan tanpa diduga:  SINI  | 




No comments: