Gambar ihsan: Yahoo News
Assalamualaikum.....
Satu spesis monyet yang bersin ketika 
hujan dan ikan yang boleh berjalan, itu antara lebih 200 spesis hidupan 
baru yang ditemui di timur Himalaya dalam beberapa tahun kebelakangan 
ini. Itu kenyataan daripada pihak konservasi WWF. Pihaknya telah 
mengumpulkan kaji selidik hidupan liar yang ditemui oleh para saintis 
merentasi Bhutan, timur laut India, Nepal, utara Myanmar dan ke selatan 
Tibet, dalam cubaan mereka untuk meningkatkan kesedaran orang awam 
tentang ancaman yang dialami di kawasan yang sensitif.  
Spesis ikan yang ditemui disifatkan oleh WWF sebagai ikan kepala ular, dan boleh bernafas dengan udara serta berjalan di darat 
selama 4 hari dan 400 meter di kawasan lembap. Spesis lain ialah ular 
berwarna merah, kuning dan jingga, ikan air tawar jenis drakula dengan 
taring dan 3 spesis pisang yang baru. 
Dalam hutan di utara Myanmar,
 pada tahun 2010 saintis mendapati ada sejenis monyet berwarna hitam dan
 putih dengan hidung terlangkup yang membuatkannya bersin bila hujan. 
Selain
 itu, 211 lagi spesis baru ditemui antara tahun 2009 dan 2014 termasuk 
133 jenis tumbuhan seperti orkid, 26 jenis ikan, 10 amfibia, 39 
invertebrata, satu reptilia, burung dan mamalia.
Dipankar Ghose, pengarah WWF bagi spesis dan landskap di India menyatakan kawasan itu sebagai harta karun yang unik, yang masih kurang dijelajah oleh saintis. Dalam laporannya, WWF menyatakan ia ada hutan yang luas, sungai dan arusnya dilindungi pergunungan, maknanya spesis telah berevolusi dan hidup tanpa gangguan selama ratusan tahun.
"Spesis ditemui begitu unik sehingga saintis sukar untuk mengkelaskannya," kata pihaknya dalam satu laporan.
Pun begitu, WWF memberi amaran tentang siri ancamana di kawasan itu termasuk populasi yang meningkat, penebangan hutan, pencerobohan, perlombongan dan pembangunan kuasa hidro. Hanya 25% habitatnya tidak terganggu dan ratusan lagi spesis dikatakan terancam.
Laporan itu juga meminta supaya pembangunan lebih baik dengan bantuan kerajaan bagi membantu komuniti bersedia dengan perubahan iklim.
Agrikultur Bhutan dan Menteri Perhutanan, Yeshey Dorji memberi amaran akan impak perubahan iklim dengan peningkatan suhu tinggi di Himalaya kerana ia merupakan tempat hidupan jutaan spesis dan masyarakat setempat, dan ia penting kepada ekonomi negara itu yang turut berkongsi kawasan berkenaan.
Sumber rujukan: SINI |

No comments:
Post a Comment