MY FOLLOWERS

Thursday, November 12, 2009

Intro - Assalam.......


Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Google Images
 

Assalamualaikum.....




Ini blog saya yang kedua selepas blog di platform blogdrive, dengan tulisan isi kandungan dan bahasa yang caca merba sahaja, tak begitu tersusun. Saya memang bercadang untuk menjadikan isi dan tulisan di blog ini lebih sistematik dan tersusun. Paling tidak, sedap sikit mata yang memandangnya. Sampai satu masa nanti akan ada paparan mengenai pelbagai tajuk - artikel, berita, hidupan liar, bisnes, percutian, ekspo, seni, makanan, ibadah, seram, dan lain-lain.


Tahun 2009 semakin berlalu

Peperiksaan SPM akan bermula pada 18.11.09. Kita sama-samalah doakan semoga yang akan menduduki peperiksaan ini dapat menjawab dengan lancar.

Di samping buat persediaan untuk peperiksaan SPM dan semester akhir bagi mereka yang berada di IPT, kita bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 27.11.09 nanti. Bersyukur sangat kerana tarikh Aidil Adha kali ini tidak bertembung dengan mana-mana hari perayaan agama lain. Kebelakangan ini pun kerap kita dengar mengenai sambutan perayaan 'kongsi' dan semacam menjadi-jadi pula. Fikirkan sedalamnya, kita selaku umat Islam adalah HARAM meraikan apa saja perayaan umat/agama lain sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran:

“Katakanlah kepada orang kafir...bagimu agamamu, dan bagiku agamaku” [TMQ Al-Kafirun (109): 6].

Selain itu kita juga dilarang melafazkan ucap selamat kepada mereka, apatah lagi di hari perayaan mereka. Dengan kata lain, mereka tiada sebarang hak menerima ucapan selamat daripada kita selaku umat Islam. Mengucapkan selamat kepada mereka bererti redha dengan kemungkaran dan kesesatan yang mereka lakukan. Firman Allah:

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [TMQ Hud (11):113].


Hikmahnya, Allah meletakkan batasan antara umat Islam dengan bukan Islam adalah supaya tidak timbul kekeliruan dalam amalan agama dan budaya yang dipraktikkan saban hari, selain memudahkan kita membezakan antara yang makruf dan mungkar.

Kalau diikutkan hati, banyak lagi yang boleh ditulis di sini. Tapi rasanya memadailah setakat ini dahulu. Yang penting, kita berusaha untuk menambah ilmu serta memperbaiki amalan agama kita seharian agar kita bisa menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan. Sebagaimana kata Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus-menjadi umat yang lebih baik itu umpama membaiki rumah. Hari ini baiki tangga, esok baiki tingkap, lusa baiki dapur, dsb. Dari sehari ke sehari bertambah elok.

Begitulah diharapkan dalam kehidupan selaku Muslim. Kita buat persediaan hari ini bukan setakat untuk peperiksaan SPM dan akhir semester sahaja, tapi juga persediaan sebelum ke alam akhirat..Bila membaca semula apa yang ditulis, mengingatkan penulis yang sebenarnya kita semua ada banyak macam kelemahan. Ada banyak perkara mungkin kita terkeluar daripada apa yang kita rancang atau terlebih-lebih. Harap maaf atas segala kekurangan. Wallahualam....



3 comments:

mohd said...

Salam hassan... Iklan tu dah bagus tapi yang kurangnyer tajuk utama. aku rasa lebih elok jika letak PELUANG MENJADI USAHAWAN INTERNET. ataupun, PANDUAN MENJADI JUTAWAN INTERNET. kau createlah ayat yang berkaitan sbb kita ni beri peluang pada orang. Yang MAGNECARES tu, siapa ceppat dia dapat. kita tgh cari orang terawal untuk jalan kan usahasama untuk perniagaan SME

naza said...

hassan..
knal x aku..
naza ni..
layari lah blog gua..
http://y0urbiznez91.blogspot.com/

hassan2803 said...

ok naza..nnt aku tgk.