MY FOLLOWERS

Thursday, May 19, 2011

Artikel - Bandar Berhantu Yang Sebenar (Bhgn 3)

Credits to: TheIzat, Wikipedia, SyokOrg
Gambar ihsan: SyokOrg


Assalamualaikum...

Kisah yang berlaku sekitar Fukushima Daichi dalam kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun masih segar dalam ingatan masyarakat seluruh dunia ketika ini. Rentetan daripada peristiwa itu, masyarakat dunia cuba merungkai pelbagai persoalan termasuk kesan peristiwa itu terhadap ekonomi dunia. Banyak rakaman video amatur dan foto-foto yang menyayat hati telah dipaparkan termasuk di laman web seperti Yahoo! dan Google bagi memberitahu masyarakat dunia akan peristiwa berkenaan.

Pun begitu, daripada satu perspektif yang lain, terdapat juga kenyataan di beberapa artikel berita yang membandingkan peristiwa di Jepun tersebut dengan peristiwa serupa yang pernah berlaku di Chernobyl pada 1986 bagi mengukur sejauh mana tahap kemusnahannya serta gambaran kesan yang akan dihadapi kelak. Ini kerana kesan yang dihadapi dalam peristiwa di Chernobyl adalah 100 kali ganda lebih daripada letupan bom atom yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki dalam Perang Dunia Kedua dahulu.




Kronologi kejadian letupan loji nuklear Chernobyl

25 April 1986:

1:00 pm - Anatoly Dyatlov (ketua jurutera) membuat persiapan untuk melaksanakan ujian. Rod kawalan (control rods) diturunkan di dalam reaktor lalu memperlahankan tindakbalas kimia.

2:00 pm - Langkah seterusnya, mematikan sistem penyejukan kecemasan, yang melanggar protokol keselamatan stesen. Anatoly meminta supaya ujian dilakukan pada waktu malam. Bandar Kiev yang menggunakan tenaga dari stesen Chernobyl telah diberitahu mengenai ujian tersebut. Waktu malam dipilih kerana bandar Kiev kurang menggunakan tenaga elektrik berbanding waktu siang

11:10 pm - Permintaan untuk menjalankan ujian pada waktu malam telah diluluskan. Operasi reaktor diperlahankan ke tahap terendah.


26 April 1986:

12:00 am - Jurutera mendapati yg reaktor beroperasi pada tahap terlalu rendah sehingga hampir mematikan reaktor. Anatoly mengarahkan supaya rod kawalan dinaikkan semula untuk mempercepatkan tindakbalas kimia. Tenaga meningkat secara mendadak, secara automatik pam air dihidupkan dan air penyejuk di sekitar reaktor disalir keluar. Reaktor kehilangan air penyejuk dan menjadi terlalu panas.

1:23 am - Akibat terlalu panas, tenaga yang terhasil meningkat terlalu tinggi. Disebabkan panik, control rods diturunkan serta merta. Rod kawalan tersekat, lalu menyebabkan letupan.


Kebakaran

Kebakaran berlanjutan sehingga berbulan-bulan. 3 lagi reaktor masih dibiarkan berfungsi. Kerajaan dan orang awam diberitahu semuanya dalam keadaan terkawal. Mereka meminta bantuan pakar dari Moscow untuk menyiasat kejadian.


Konspirasi

Orang awam mendapat khabar angin tentang simptom yang berlaku terhadap ahli bomba. Kanak-kanak diberi pil iodin sebagai antibodi. Darurat diisytiharkan, polis meminta penduduk tidak keluar rumah dan menutup tingkap namun, penduduk tidak mengetahui sebab sebenar darurat tersebut.


Pemindahan

Kerajaan menyediakan 3 hari untuk proses memindahkan penduduk sekitar 10km radius dari stesen termasuk dalam zon perlu-pindah. 5 hari kemudian, zon perlu-pindah diperluas ke 30km radius.


Kesan

Pasukan bomba adalah yangterawal mengalami kesan radiasi. Mereka mengalami muntah dan gusi berdarah, gigi dan rambut mulai gugur, kulit menjadi lebam dan berdarah, kebanyakan mereka mati. Radiasi yang dibebaskan adalah melebihi 100 bom nuklear yang digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki, dan tersebar sehingga ke Sweden. Dari 1992-2004, 4000 kes kanser tiroid dikesan di Rusia, Ukraine dan Belarus. Kanak-kanak seluruh Eropah mengalami penyakit, susu tercemar dipersalahkan.


Pasukan Liquidators

Pemulihan tapak

Robot yang dibawa dari Jerman untuk menjalankan proses pembersihan turut mengalami gangguan radiasi dan tidak berfungsi dengan betul. Sebagai ganti, seramai 800, 000 pekerja dibawa masuk, mereka digelar liquidators.


Kesan ke atas manusia





Ini hanyalah sebahagian. Mungkin selebihnya lebih teruk, anda boleh bayangkan sendiri dahsyatnya kesan jika terkena radiasi nuklear ini.

Pautan lain berkaitan isu ini:
World Remember Chernobyl, Haunted by Nuclear Fears
Chernobyl - Galeri Foto Flickr

Wallahualam...

5 comments:

shzyswl said...

dulu cekgu fizik ade jugak cerita pasal bende neh, dye kata kepala jady satu bole jady dua atau kepala y memang satu akan berkurang which is mati. menakutkan kan. btw love yr entri :)

Alin said...

ciannya tgk :(

Liyana Zahim said...

Gosh!! Its xtremely terible!!

Cik Miera said...

teruknye....!! kesian tgk

vampire's lovex said...

kesian nye... dah tersebar ke ek radiasi tuuuu?