MY FOLLOWERS

Wednesday, September 26, 2012

Seni & Kreativiti - Iklan Kreatif!

Kredit kepada: Google Images
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....

Hasil yang seharusnya dipuji. Kreatif dan penuh dengan mesej.



Anti keganasan rumahtangga

Anti pemandu mabuk


Dari WWF - kesedaran mengenai kepupusan haiwan terancam (Extinction can't be fixed)
Anti penderaan kanak-kanak (Some people look at a child and don't see a child)



Bertukar karier






Jangan pandai-pandai jadi doktor sendiri

Anti merokok

Anti pencemaran

Pautan berkaitan:
http://www.loisgreenfield.com/galleries/dance/1259/danzan-ryu.html
http://www.superpunch.net/2012/03/armored-rhino-armored-procupine.html
http://www.littleabout.com/Techno/best-funny-creative-advertisement/98672/
http://www.presidiacreative.com/funny-creative-advertising-ideas/
http://www.remixstudiobangkok.com/?p=196


Wordless Wednesday - House

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....


Wordless Wednesday - Stucked !!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned



Assalamualaikum....

Monday, September 24, 2012

Artikel - Yosemite Pada Waktu Malam

Kredit kepada: Grind TV
Gambar/Video ihsan: Grind TV


Assalamualaikum......

Sebelum ini penulis pernah siarkan entri berkenaan pendakian di kawasan pergunungan Yosemite serta sedikit coretan pendaki yang sedikit pun tidak berasa takut. Kali ini penulis mengajak pembaca melihat keindahan suasana di kawasan berkenaan pada waktu malam.


Di Yosemite National Park bukan sahaja El Capitan, Half Dome, Yosemite Falls, Tuolumne Meadows, dan Tunnel View yang ada. Di sana terdapat juga Glacier Point, kawasan yang membolehkan anda untuk turut melihat Milky Way,  galaksi Andromeda, gegelang Nebula, galaksi M50, meteor, juga bilangan bintang yang tidak terhingga.


Kebanyakan mereka yang tinggal di bandar tidak berpeluang menikmati keindahan sebegini disebabkan suasana langit malam yang kini tenggelam dek sinaran lampu-lampu bandar. Di sini mereka mungkin akan berasa takjub dan tidak percaya dengan bilangan bintang yang dapat mereka lihat bila berada di Yosemite.


KLIK SINI untuk bacaan lanjut.

Kesihatan - Untungnya Berhenti Merokok

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assalamualaikum.....


Penulis ternampak iklan khidmat masyarakat ini sewaktu ke sebuah masjid. 

Kepada sesiapa yang masih bergelar perokok, perokok tegar atau yang sewaktu dengannya, tahukah anda bahawasanya keadaan kesihatan fizikal anda secara dalamannya adalah lebih baik jika anda tidak merokok dan tidak menjadi perokok? 

Di sini dipaparkan iklannya......




Mungkin apa yang tertulis dalam foto di atas tidak jelas, di bawah ini penulis zoom in untuk memudahkan anda. Bacalah sendiri manfaatnya. Apa yang tertulis sangat jelas.





Pesanan ini dibawakan khas oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

MASYARAKAT SIHAT TANPA ASAP ROKOK

Artikel - Paparan Antaramuka Baru Blogger

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owned


Assaalamualaikum....
Satu naiktaraf telah dilakukan oleh Google ke atas ruang paparan penulisan blog yang menggunakan platform Blogger.com. Kini secara automatik, para blogger blogspot akan melihat paparan dalam bentuk yang baru. Tiada lagi versi lama seperti di bawah.

Mungkin sedikit sukar pada peringkat permulaan. Setiap ciptaan itu memang ada pro dan kontra. Bagi penulis, versi terdahulu lebih mesra pengguna. Namun apabila pengurusannya telah menukarkannya ke versi lebih baru, tiada apa yang dapat dilakukan untuk undo semula ke versi lama.


Nampaknya selepas ini, perlu biasakan diri dengan paparan jenis baru... hhmmm...

Friday, September 21, 2012

Artikel - Rumah Hijau

Kredit kepada: Yahoo Homes
Gambar ihsan: Yahoo Homes


Assalamualaikum.........

Rumput karpet telah dijadikan sebagai sebahagian atap kediaman sejak zaman purba lagi. Jika anda percaya pada legenda, ambil contoh Taman Tergantung Babylon mempunyai rumput yang meliputi keseluruhan kawasan istananya sehingga kelihatan begitu eksotik. Sewaktu zaman Viking, atap sod digunakan. 

Kini relik peradaban tamadun awal digunakan semula walaupun dengan adanya sistem pengairan dan saliran, menjadikannya satu alternatif mesra alam selain menggunakan bahan sedia ada seperti asfalt dan jubin.










KLIK SINI dan KLIK SINI untuk lebih banyak rumah.

Animasi - Animasi Star Wars Yang Dibuat oleh Peminat

Kredit kepada: Yahoo Games
Gambar/Video Ihsan: Yahoo Games, Youtube


Assalamualaikum.....



Anda peminat francais filem Star Wars? Jika ya, ini satu lagi produk daripada filem berkenaan. Animasi pendek ini dibikin dengan gaya klasik oleh seorang peminatnya semata-mata kerana minat. Klip selama 2 minit ini telah tersebar di laman web begitu cepat. 

Saksikan! :-)


KLIK SINI untuk bacaan lanjut.

Thursday, September 20, 2012

Hidupan Liar - Spesis Monyet Berwarna Ditemui

Kredit kepada: Yahoo News
Gambar ihsan: Yahoo News


Assalamualaikum.....

"Sewaktu kali pertama melihatnya, saya segera menyedari bahawa ia adalah sesuatu yang baru dan berbeza, cuma saya tidak tahu betapa signifikannya ia," kata John Hart, seorang pengkaji Congo veteran yang bertindak sebagai pengarah saintifik untuk Lukuru Wildlife Research Foundation, yang berpengkalan di Kinshasa.

Hakikatnya, penemuan ini adalah sesuatu yang menggembirakan. Hart kali pertama menemui spesis monyet ini pada 2007 yang lalu sewaktu meneliti foto-foto yang dibawa pulang setelah berakhirnya satu ekspedisi di satu kawasan terpencil di tengah Democratic Republic of Congo (DRC).











KLIK SINI untuk artikel penuh dan KLIK SINI untuk ke pautan berkaitan.

Tuesday, September 18, 2012

Artikel - Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia Menggunakan Wang Kertas (Bhgn 5)

Kredit kepada: Syok.Org
Gambar ihsan: Yahoo Images



Assalamualaikum.....

Sambungan daripada bahagian terdahulu - Bhgn 4


Pautan ke Bhgn 1 hingga 3 ada dalam pautan Bhgn 4. Harap maklum.

Emas dan perak sebagai rizab menyokong nilai matawang negara (non-investment)

Emas dan perak telah lama menjadi penyokong nilai matawang sesebuah negara. Amerika Syarikat sebagai contoh dahulunya mempunyai standard emas dan perak yang tersendiri di mana setiap US Dollar yang dicetak akan disokong oleh nilai emas/perak yang sama nilainya di dalam simpanan. Sehingga tahun 1934, sesetengah wang kertas Amerika boleh ditukar dengan emas/perak yang sama nilainya.

Fakta yang menarik, kan?

Ini adalah contoh wang kertas US Dollar yang disokong oleh emas dan perak. Ia ibarat sijil yang mewakili emas atau perak.


 Matawang USD10 yang disokong oleh nilai emas.

 Matawang USD5 yang disokong oleh nilai perak.


Wang kertas Malaysia juga ialah wang fiat.
 
Ini kerana kertas itu sendiri tidak ada nilai, tetapi yang menyebabkan matawang kita bernilai ialah kerana undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia yang mengiktiraf kertas bercetak itu sebagai wang.

Apa akan jadi sekiranya wang fiat tidak diiktiraf kerajaan?

Jawapannya, wang tersebut akan jadi tidak laku!


Ingatkah lagi kisah syiling RM1? Bukankah pada masa itu, kita selalu gunakannya untuk beli apa-apa keperluan. Namun, mulai 7 Disember 2005 syiling ini telah diistiharkan tidak sah diperlakukan oleh Bank Negara Malaysia dan dikeluarkan dari pasaran. Jadi, sesiapa yang masih ada menyimpan wang ini, ia kini sudah tiada nilainya.



Syiling RM1 ini yang laku suatu masa dahulu tetapi tidak lagi di zaman sekarang. 

Berita - Hati-hati Dengan Pencabul Dalam Tren!!

Kredit kepada: Majidah Mansor
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum....


Terbaca satu kes yang ditulis di satu halaman di Facebook mengenai seorang warga asing yang mencabul mangsa dengan perlakuan tidak senonoh sewaktu menaiki tren sekitar Selangor. Mangsanya adalah di kalangan wanita dan secara rambang. Artikel berkenaan dikatakan dipetik daripada cerita saksi di tempat kejadian bertarikh 22 Mac 2012 menceritakan bahawa mangsa tidak menyedari dicabul kerana bersesak dalam tren bersama penumpang-penumpang lain, sehinggalah sesudah pemangsa berkenaan selesai melakukan 'kerjanya'. Pemangsa berkenaan disifatkan berbau busuk, kurang ajar dan akan selalu mengulangi aktivitinya di stesen tren yang sama jika tiada pihak mengambil langkah membanterasnya. 

Anda juga boleh membaca coretannya DI SINI atau DI SINI.

Hampeh betul!!

Sunday, September 16, 2012

Hiburan - Baju Perisai Baru Iron Man 3

Kredit kepada: Screenrant.com
Gambar ihsan: Screenrant.com


Assalamualaikum........

Sebelum ini penulis ada menyiarkan entri mengenai evolusi sut Iron Man dari versi Mark 1 hingga Mark 7 yang masing-masing digunakan dalam filem Iron Man 1, Iron Man 2 dan Marvel's The Avengers. Kali ini penulis ingin mengajak pembaca melihat sut baru Tony Stark yang akan digunakan dalam filem Iron Man yang ketiga.











KLIK SINI untuk lebih banyak foto. Video juga disertakan.