MY FOLLOWERS

Saturday, September 1, 2012

Sekadar Luahan - Tersangkut Lagi ...... :-(

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner



Assalamualaikum.....

Adakalanya kesesakan lalu lintas di atas Jambatan Sultan Mahmud agak tidak menentu masa. Pada 26.8.2012 yang lalu, sekitar jam 8 malam, sekali lagi dan yang entah ke berapa kalinya saya lalui situasi ini. Ingatkan ada sekatan jalan yang biasa dibuat oleh JPJ atau pihak polis trafik, namun sangkaan itu meleset. Hampir setengah jam mengengsot seperti kura-kura dari lampu isyarat di persimpangan Mydin Mall dan JKR untuk sampai di lampu isyarat seterusnya. 

Bukan ada apa-apa sekatan di situ. Saya mula tertanya-tanya apabila siren kereta peronda polis mula kedengaran dan datang melepasi.






Rupa-rupanya ada kemalangan selepas pondok tol. Seterusnya perjalanan kembali lancar.


Apalahhhh.......



No comments: