MY FOLLOWERS

Sunday, September 9, 2012

Seni & Kreativiti - Seni Menyelamatkan Terumbu Karang

Kredit kepada: Grind TV
Gambar ihsan: Grind TV


Assalamualaikum......



Seorang artis bernama Jason deCaires Taylor dikenali kerana bakatnya dalam seni memahat dan hasilnya yang cukup cantik dan menurunkannya ke dalam lautan. Semuanya dilakukan dengan harapan semoga hasil karyanya itu nanti akan digunakan sebagai kediaman buat hidupan marin, dalam proses membantu memulihara terumbu karang yang begitu bernilai.

Kini Taylor sedang mengusahakan siri "suburban-styled houses" yang akan menjadi habitat sebenar kepada hidupan marin, merujuk kepada foto yang baru sahaja diletakkan di laman Facebook miliknya.

Taylor memulakan kehidupannya sebagai artis alam sekitar di Grenada pada 2006 yang lalu. Ketika di sana, dia telah menenggelamkan 65 arca, dan menggunakan $50,000 daripada simpanannya ke dalam Moilinere Bay bagi menarik perhatian orang ramai kepada terumbu karang dunia. Usahanya berhasil dan membawa kepada pembangunan muzium bawah laut miliknya, Museo Subacuatico de Arte, sebuah projek yang kini masih dilaksanakan dan dibiayai kerajaan persekutuan yang terletak di Cancun, Mexico. Sehingga kini, 500 arca telah ditempah dan beribu lagi masih dalam perancangan.


KLIK SINI untuk bacaan selanjutnya. Video turut disertakan.

P/S: Maaf jika foto bersifat agak terbuka. Segala kesulitan amat dikesali. 

No comments: