MY FOLLOWERS

Wednesday, April 19, 2017

Seni dan Kreativiti - 16 Perkara Yang Best di Jepun Yang Memang Patut Kita Ada

Kredit kepada: Brightside
Kredit kepada: Brightside


Assalamualaikum....


Jepun adalah negara yang mempunyai alam sekitar yang sangat cantik dan bersih. Dari aspek teknologi dan inovasi produk, mereka sangat kreatif. Kalau difikirkan apa signifikannya pada kehidupan dan bagaimana ia membantu memudahkan, banyak ideanya sangat berguna. Bagusnya kalau idea-idea ini ada di negara kita sendiri....


Hotel khas untuk mereka yang mahu tidur yang cukup


Pintu teksi automatik - tidak perlu hempas kuat untuk tutup


Mesin vendor - bukan setakat jual air, produk lain juga


Pam stesen minyak ada di atas 


Meja dengan pemanas


Kerusi dengan penyangkut beg - sesuai dan praktikal



Bulatan untuk ditekan ketika stress


Huruf Braille pada tin minuman - untuk kemudahan si buta


Sumber kreatif:   SINI   |    




Wordless Wednesday - Meal

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner



Assalamualaikum.....





Hiburan - Stranger Things

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....



Stranger Things ialah satu siri tv laman web terbitan amerika syarikat bergenre seram dan sains fiksyen ciptaan Duffer Brothers. Ia ditulis dan diarahkan oleh Matt dan Ross Duffer Shawn Levy bertindak sebagai penerbit eksekutif. Siri ini dibintangi Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Cara Buono, dan Matthew Modine.


Plot siri ini bermula dengan kehilangan seorang budak lelaki dan budak perempuan berkuasa telekinetik yang membantu kawan-kawannya dalam pencarian mereka, sementara abang kepada budak lelaki itu, ibu mereka, dan polis tempatan memulakan penyiasatan.

Persekitarannya di Hawkins, Indiana, sekitar tahun 1980an dan tempat berkembangnya budaya pop 1980an yang mendapat inspirasi daripada pengkarya seperti Steven Spielberg, John Carpenter, Stephen King, George Lucas, dan beberapa lagi.

Siri ini disiarkan di Netflix pada Julai 2016 dan telah diperbaharui untuk musim seterusnya pada Ogos 2016 dengan 9 lagi episod yang akan disiarkan pada tahun 2017. 



Sumber rujukan:  SINI  |     SINI   |  

Monday, April 17, 2017

Petua - Buatkan Sayur Kekal Segar

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....





Bagaimana untuk buatkan sayur yang anda simpan kekal segar?

Caranya:
Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10 minit.
Toskan selama beberapa minit.
Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam selama 5 minit sahaja.
Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur. Kemudian, masukkan sayur ke dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais.




Pemilik resepi : Pn Nurul Aima
Group : GeNg SuKa mAsaK & MaKAn SEdAp (SuKmA).




Artikel - Van Damme Pun Jadikan Rasulullah Sebagai Contoh

Kredit kepada: Kaki Share
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




Jean-Claude Van Damme merupakan pelakon berasal dari Belgia yang terkenal dengan aksi-aksi stunt yang ngeri lagi bahaya. Dengan tubuhnya yang kelihatan sado dan sihat di usia 55 tahun, Van Damme ternyata memiliki cara yang tak diduga dalam menjaga kesihatan tubuhnya. Van Damme mengaku mencotohi amalan hidup dari Nabi Muhammad s.a.w..

Dalam sebuah sesi wawancara, Van Damme ditanya mengenai pola pemakanan yang sihat. Van Damme kemudian menjawab bahawa dia mengikuti pola pemakanan seperti yang dicontohkan Nabi Muhammad s.a.w. dalam ajaran Islam. Beliau berkata, "Bacalah.. Buku-buku dari Muslim, banyak perkara-perkara baik yang boleh dicontohi di situ. Nabi Muhammad sangat cerdas," ungkap Van Damme di awal penjelasannya.

Van Damme menilai Nabi Muhammad s.a.w. sebagai manusia yang cerdas karana Nabi Muhammad dapat mengetahui apa yang baik dan tidak baik bagi tubuh seorang manusia di masa depan. Seperti yang telah diketahui, Rasulullah telah memberikan contoh gaya hidup yang menghindari makanan atau minuman yang memiliki kandungan tidak baik bagi kesihatan tubuh. Salah satu yang contoh ialah alkohol.

“Beliau (Nabi Muhammad) mengetahui apa yang baik untuk masa depan, mengenai tubuh,” tambah Van Damme.
Bukan hanya mengikuti gaya hidup ala Rasulullah, Van Damme juga menyeru agar peminat-peminatnya untuk membuktikan sendiri manfaat baik daripada meniru gaya hidup Rasulullah. Bagi Van Damme, semua yang diperlukan untuk menjaga kesegaran tubuh badan telah ada dalam ajaran mengenai pola pemakanan sihat yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad.

“Percayalah pada saya, kamu mendapatkan semua yang kamu perlukan di situ,” nasihat Van Damme.



Sumber rujukan:  SINI  | 


Artikel - Lampster: Lampu Meja Figura Superhero

Kredit kepada: Laman Indiegogo
Gambar ihsan: Laman Indiegogo


Assalamualaikum....


Dua orang sahabat telah mencipta satu produk lampu meja dengan mengambil inspirasi daripada lampu traktor lama dan digabungkan dengan badannya mengikut figura superhero. Selepas beberapa bulan, maka siaplah prototaipnya yang pertama pada April 2014. Lampu ini dihasilkan bukan setakat sesuai digunakan ketika duduk menulis di meja tetapi juga boleh digunakan di mana sahaja sama ada di rumah atau di pejabat.

Lampu meja ini menggunakan 120 LED dan ia boleh dikawal sama ada dengan sentuhan atau peranti mudah alih. Lebih menarik, jenis plag yang digunakan sesuai dengan standard yang digunakan di Amerika, United Kingdom dan Eropah.

Pastinya menarik perhatian kerana rupabentuk kreatif dan penuh bergaya. Kalau di Malaysia sudah ada produk ini, rasanya ramai akan berebut untuk memilikinya.









Ciri-ciri produk, bahan binaan, gaya pilihan dan aksesori turut dinyatakan.








"Saya pun nak satu!"


Perihal lengkap tentang produk ini:   SINI   |   



Artikel - Ekspo Hartanah dan Travel Market di TTC 23-25.3.2017

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner



Assalamualaikum.....


Pada 23-25.3.2017 yang lalu, dua ekspo telah diadakan di Terengganu Trade Center (TTC) iaitu Ekspo Hartanah di Galeri A dan Travel Market Expo di Galeri B. Ekspo hartanah menyaksikan penyertaan daripada pelbagai syarikat pemaju hartanah dari Terengganu, Selangor dan lain-lain selain turut disertai institusi perbankan seperti BSN dan Bank Islam. 

Syarikat hartanah ini menawarkan rumah kos rendah dan sederhana untuk dimiliki daripada jenis teres, semi-D dan banglo setingkat, satu setengah dan dua tingkat. 


Di Galeri B diadakan Travel Market Expo yang disertai oleh pelbagai agensi pelancongan dari negeri-negeri seluruh negara. Ekspo ini bagi memperkenalkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk haji, umrah dan melancong selain menjual produk lain. Antara yang menyertai ialah Sani Express, Coway, Celcom, Az-Zahabi Travel Sdn Bhd, Faizin International Travel and Tours, Al-Quds Travel Sdn Bhd, Tabung Haji Travel, Skillmark Development Sdn Bhd, dan lain-lain lagi.


Selain itu, di galeri B juga diadakan kuliah bersama ustaz jemputan dan selebriti jemputan, Ayie Lantana. Berdekatan pentas utama dibuka booth memanah dikendalikan oleh kelab Rimayah Sunnah Terengganu (RST). 

















Sambutan...

Pada tarikh yang sama turut diadakan karnival LeFestTour di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Sambutan karnival di sana sangat meriah kerana turut dihadiri beberapa artis seperti Didie Alias, Jue Aziz, Aiman Tino, dan Datin Aliah. Turut diadakan di situ ialah persembahan karaoke oleh warga tempatan. Suasana jalan agak sesak sehingga pengunjung terpaksa memarkir kenderaan di luar stadium. 

Booth jualan di dalam stadium penuh dan disertai pengusaha butik-butik kecantikan, produk kesihatan dan pakaian. 


Kesan daripada karnival jualan ini menyebabkan sambutan di ekspo di TTC menjadi hambar. Rentetan itu timbul beberapa aduan daripada pengusaha yang menyertai ekspo di TTC ini yang menyatakan sudahlah datang dari jauh untuk mempromosikan produk yang mereka ada, disertakan dengan penat dan lelah namun mereka tidak berpuas hati dan agak kecewa disebabkan sambutan tidak seperti yang mereka jangkakan.



Seni dan Kreativiti - Hasil Menakjubkan Hanya Dengan Model Bajet Kecil

Kredit kepada: The Vocket, Oh My Virall
Gambar ihsan: Oh My Virall


Assalamualaikum........


Hanya menggunakan model bajet kecil,  seorang jurufoto Felix Hernandez membuktikan bahawa kreativiti sangat penting dalam menghasilkan sesuatu karya yang baik, dan itu lebih diutamakan berbanding kos yang mahal. 

Katanya sebelum ini dia menggunakan model bersaiz skala 1/18 tetapi untuk model Audi Q2 ini dia perlu menggunakan model berskala 1/43. 

Dia berbangga dengan hasil karya ini kerana ia adalah kali pertama dibuat oleh beliau.

Untuk kali ini, dia juga melawat Dubai bagi melihat keadaan sebenar di sana supaya boleh dijadikan contoh dan inspirasi untuk menghasilkan foto yang diinginkan.












Sumber karya kreatif:   SINI   |   SINI   |  



Seni dan Kreativiti - Paparan Alam Yang Jarang Dilihat

Kredit kepada: Crazy Freelancer
Gambar ihsan: Crazy Freelancer


Assalamualaikum........


Bukan setakat jarang tetapi ada antaranya memang tidak pernah dilihat. Mungkin juga sebab kita tidak terdedah dengan fenomena alam di dunia sebelah sana, mungkin juga tidak kenal dengan orang kreatif dari negara lain. Boleh jadi juga faktor geografi tempat tinggal kita sekarang ini menyebabkan kita tidak berpeluang untuk lihat keadaan yang pelik-pelik berlaku...


Hasil karya menggunakan warna pensel



Biawak yang bersalin kulit




Bunga api di saat sebelum ia meletup menghasilkan percikan api yang cantik


Keadaan tanah selepas insiden disambar kilat


Fenomena matahari terbenam bertindih dengan gerhana matahari


Batuan kimia dengan warna yang boleh berubah-ubah


Mesin menyusun bata jalanan


Monumen pedang di Norway



Penyu singgah atas obor-obor


Hasil menggunakan laser pada kulit telur


Keadaan gigi anak-anak sebelum tumbuh gigi pertama


Ais di permukaan air pada musim sejuk


Rupa mekanisma jam hasil kerja pereka jam terbaik dunia


Tidak pernah dijumpa:   SINI   |