MY FOLLOWERS

Monday, April 17, 2017

Artikel - Ekspo Hartanah dan Travel Market di TTC 23-25.3.2017

Kredit kepada: owner
Gambar ihsan: owner



Assalamualaikum.....


Pada 23-25.3.2017 yang lalu, dua ekspo telah diadakan di Terengganu Trade Center (TTC) iaitu Ekspo Hartanah di Galeri A dan Travel Market Expo di Galeri B. Ekspo hartanah menyaksikan penyertaan daripada pelbagai syarikat pemaju hartanah dari Terengganu, Selangor dan lain-lain selain turut disertai institusi perbankan seperti BSN dan Bank Islam. 

Syarikat hartanah ini menawarkan rumah kos rendah dan sederhana untuk dimiliki daripada jenis teres, semi-D dan banglo setingkat, satu setengah dan dua tingkat. 


Di Galeri B diadakan Travel Market Expo yang disertai oleh pelbagai agensi pelancongan dari negeri-negeri seluruh negara. Ekspo ini bagi memperkenalkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk haji, umrah dan melancong selain menjual produk lain. Antara yang menyertai ialah Sani Express, Coway, Celcom, Az-Zahabi Travel Sdn Bhd, Faizin International Travel and Tours, Al-Quds Travel Sdn Bhd, Tabung Haji Travel, Skillmark Development Sdn Bhd, dan lain-lain lagi.


Selain itu, di galeri B juga diadakan kuliah bersama ustaz jemputan dan selebriti jemputan, Ayie Lantana. Berdekatan pentas utama dibuka booth memanah dikendalikan oleh kelab Rimayah Sunnah Terengganu (RST). 

















Sambutan...

Pada tarikh yang sama turut diadakan karnival LeFestTour di Stadium Negeri Kuala Terengganu. Sambutan karnival di sana sangat meriah kerana turut dihadiri beberapa artis seperti Didie Alias, Jue Aziz, Aiman Tino, dan Datin Aliah. Turut diadakan di situ ialah persembahan karaoke oleh warga tempatan. Suasana jalan agak sesak sehingga pengunjung terpaksa memarkir kenderaan di luar stadium. 

Booth jualan di dalam stadium penuh dan disertai pengusaha butik-butik kecantikan, produk kesihatan dan pakaian. 


Kesan daripada karnival jualan ini menyebabkan sambutan di ekspo di TTC menjadi hambar. Rentetan itu timbul beberapa aduan daripada pengusaha yang menyertai ekspo di TTC ini yang menyatakan sudahlah datang dari jauh untuk mempromosikan produk yang mereka ada, disertakan dengan penat dan lelah namun mereka tidak berpuas hati dan agak kecewa disebabkan sambutan tidak seperti yang mereka jangkakan.



No comments: