MY FOLLOWERS

Tuesday, September 23, 2014

Jalan-jalan Cari Makan - Ais Krim Sedap Buatan Sendiri :-)

Kredit kepada: Kawan Fb
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum....



Bagaimana membuat ais krim sebaik yang dibeli di kedai? Ada kawan yang meletakkan satu pos di laman Facebook baru-baru ini. Katanya kalau selepas ini anda terasa mahu makan ais krim, maka sudah boleh buat sendiri. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

1/2 tin susu pekat
1 1/2 gelas susu segar
1 sudu ovalett (
boleh didapati di pasaraya dan kedai kek.)
1 sudu kecil esen vanilla


Caranya:
Kisarkan (blend) semua bahan di atas sampai gebu. Kemudian boleh masukkan perisa yang dikehendaki. Strawberi, coklat, oreo, ikut suka anda. Kemudian letakkan dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk (freezer, bahagian atas). Untuk mendapatkan ais krim yang lebih lembut, kisar sekali lagi apabila campuran ais krim separuh beku dan sejukkan semula dalam freezer.


Jom cuba!




No comments: