MY FOLLOWERS

Thursday, September 4, 2014

Artikel - Banyakkanlah Menabung .....

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum.....



Ada seorang kawan meletakkan kenyataan ini di dinding FB sebelum ini. Sudah agak lama dan apa yang dituliskan agak menarik. Bagi kita yang bekerja sama ada di sektor awam atau swasta, wajib ada akaun KWSP ini. Kalau belum ada, syarikat akan berikan borang berkaitan untuk diisi oleh pekerja supaya membuka akaun berkenaan. Setiap bulan bila gaji masuk, sebahagiannya akan disalurkan ke dalam akaun KWSP pekerja. Tidak mahulah bercerita mengenai berapa peratus atau undang-undang berkaitan. Yang mahu disentuh di sini ialah mengenai tabungan terutama selepas tidak lagi bekerja atau bersara. Tolak tepi cerita warga sektor awam yang sentiasa dapat pencen seumur hidup.


Soalannya:
  • Berapa ramai yang suka menabung untuk masa depan?
  • Setiap kali dapat gaji, apa yang difikirkan dahulu? Jumlah mahu diguna atau yang mahu disimpan? Khuatir juga, sebab kalau diamalkan fikir 'yang mahu diguna' dahulu, takut-takut nanti sesen pun tidak tersimpan untuk akan datang. Yang mahu disimpan itu eloklah kalau ia dipindahkan ke dalam akaun lain sebagai tabungan kedua.
  • Duit gaji yang masuk ke akaun peribadi, adakah guna semuanya atau simpan sebahagiannya dalam akaun lain?
  • Berapa banyakkah yang disimpan itu?
  • Dengan menabung sebanyak sekian jumlah setiap bulan, berapakah anda akan ada selepas satu tempoh; contohnya 5 tahun? Berapakah jumlah yang anda sasarkan untuk ada selepas menabung pada tempoh itu?

 

Untuk menyimpan sehingga puluhan ribu atau ratusan ribu bukannya boleh dapat dalam sehari dua, tetapi bertahun-tahun. Silap hari bulan, tidak dapat sampai pun ke angka 10,000. Akaun KWSP pula bukannya boleh dicarum untuk keluarkan duit sesuka hati pada bila-bila masa seperti akaun peribadi. Persaraan awal atau gaji rendah merupakan faktor yang mempengaruhi simpanan dalam KWSP. Bagi yang bergaji kecil, berapalah sangat yang akan terkumpul nanti. Yang bergaji besar biasanya berpangkat, mungkin banyaklah yang terkumpul. Selepas bersara, tiadalah lagi kemasukan gaji, bonus, bayaran lebih masa, atau sebarang insentif. Melainkan mereka yang membuat kerja sendiri untuk tambah duit poket. Justeru, duit yang ada pula berapa banyakkah yang akan dibelanjakan dalam sebulan untuk tampung segala macam keperluan diri dan keluarga ketika itu? Untuk bayar bil, pinjaman bank (kalau ada), belanja harian dan sebagainya? Oleh itu, mulakanlah langkah merancang dan menabung supaya tidak menyesal di kemudian hari.


Artikel lain yang berkaitan: Gaji 4 angka pun belum cukup

Sudahkah anda menabung hari ini??

No comments: