MY FOLLOWERS

Tuesday, September 16, 2014

Artikel - Jangan Biarkannya Tersadai Lama!

Kredit kepada: -
Gambar ihsan: Owner


Assalamualaikum.....


Kenderaan apa pun kalau dibiarkan tersadai atau tidak dihidupkan untuk satu tempoh yang lama, contohnya seminggu, sebulan atau bertahun-tahun pasti akan mengundang masalah bermula dari ia kembali dihidupkan. Enjin boleh tersumbat, sistem lain sukar digerakkan, kesukaran menghidupkan semula enjin, tayar kehilangan angin, ada bahagian besi akan berkarat, tali sawat (timing belt) berisiko untuk putus, cukai jalannya akan tamat tempoh dan bermacam lagi. Dari segi kos baik pulih, itu terserah kepada si pemilik kenderaan untuk difikirkan. 

Baru-baru ini saya membawa sebuah kereta yang sudah tersadai lama ke sebuah bengkel di sini. Banyak juga yang dibaiki hampir keseluruhan kereta ini.

Antara yang dibaiki ialah:


Sistem brek (belakang) - tukar baru




Stereng - tukar semula ke jenis asal. Stereng jenis kecil membuatkan ia terasa berat ketika mengambil selekoh. 


Pelindung pada tingkap kereta - tukar baru



Kabel palam pencucuh (spark plug), pengagih (distributor) dan yang berkaitan - tukar baru


Logo depan - tukar ke asal 
(berisiko disaman JPJ kalau guna yang bukan jenama asalnya)


Penapis udara (air filter) - dibersihkan


Minyak brek dan minyak silinder serta penapis - diisi yang baru


Pengelap cermin - tukar baru (sebab sudah berkarat)


Bateri - tukar baru sebab rosak dan tidak boleh dicas lagi


Ekzos - tukar baru, yang lama bocor, bising dan banyak gunakan minyak


Pengunci pintu (door knob) - pasang baru (selak yang lama sudah reput dan rosak)


Lain-lain:
Tali sawat - ganti baru
Penyaman udara - tukar compressor
Badan kenderaan - dibasuh dan dicat baru ikut warna asal
Tayar - diganti baru


Untuk logo kenderaan, pomen berpesan supaya ditukar kembali ke versi asal kerana jika didapati oleh JPJ untuk pertama kali, pemilik akan menerima surat daripada JPJ meminta supaya logo asal digunakan. Seterusnya, pemilik diminta datang ke JPJ untuk pemeriksaan dan tunjukkan bahawa logo tidak asli itu sudah ditukar kepada yang asal. Pemeriksaan susulan akan dibuat oleh JPJ. Sekiranya dalam tempoh yang diberikan sebagaimana dinyatakan dalam surat tersebut tidak dipatuhi, maka surat kedua akan dikemukakan kepada pemilik dan mereka akan disaman. Kalau kereta tersebut ialah Proton, maka gunakan logo Proton, begitulah juga kenderaan lain. 

Sekiranya ada bahagian kenderaan berkenaan diganti baru (contohnya; bampar) mungkin sebab sudah rosak atau kemalangan, komponen bahagian tersebut yang baru akan didatangkan dalam warna hitam. Tiada masalah jika ia berwarna tidak sama dengan warna badan kenderaan tersebut bila ia sudah dipasang. Jika mahu ia dicat semula pun, boleh lakukannya kemudian dan pemilik tidak perlu risau berdepan dengan risiko disaman.



No comments: