MY FOLLOWERS

Sunday, September 14, 2014

Hiburan - Tentang Batman Selepas 75 Tahun

Kredit kepada: Yahoo Entertainment
Gambar ihsan: Yahoo Entertainment



Assalamualaikum.....


Mengamalkan polisi 'no guns, no killing' disebabkan pembunuhan kejam ibu bapanya. Mana-mana penjenayah yang ditewaskannya biasanya akan patah tulang, berdarah, dan ada yang akan cacat seumur hidup yang merupakan 'hasil kerja'nya yang paling teruk ke atas penjenayah terbabit. Di zaman keemasan watak ini, Batman bukan sahaja tewaskan malah pukul, tembak, tikam, pecahkan, dan meletupkan penjenayah. Ada juga yang digantung sampai mati. Gila! 


Dalam kiraan sebenar, kos untuk mereka sut, gajet, senjata, kenderaan serta latihan dianggarkan lebih daripada setengah bilion dollar. Bagi watak fiksyen ini, Bruce Wayne yang merupakan seorang usahawan mempunyai jumlah aset bernilai antara 6.5 - 11.6 bilion.


Filem 'Batman' terbitan 1989 lakonan Michael Keaton. Walaubagaimanapun, Keaton pada ketika itu bukanlah pilihan kerana lebih kepada watak komedi. Sebelum itu, Bill Murray adalah pilihan Warner Bros. untuk memegang watak sebagai Bruce Wayne.


Filem trilogi Batman arahan Christopher Nolan mengetengahkan Christian Bale bagi memegang watak utamanya Bruce Wayne/Batman. Sebelum itu, terdapat 8 orang pelakon menguji bakat bagi watak tersebut iaitu Bale, Joshua Jackson, Hugh Dancy, Billy Crudup, Cillian Murphy, Henry Cavill, Jake Gyllenhaal, and Eion Bailey. Cilian Murphy pula dipilih oleh Nolan untuk watak musuhnya Dr Crane/Scarecrow.


Watak Harvey Dent/Two-Face diperkenalkan dalam filem Batman terbitan 1989 dilakonkan oleh Billy Dee Williams (Star Wars) tanpa dua muka. Untuk versi terbitan 1995 iaitu Batman Forever, Tommy Lee Jones memegang watak ini dengan dua muka seperti watak komiknya. Filem The Dark Knight mengetengahkan watak ini lakonan Aaron Eckhart sebagai peguam dengan menceritakan juga insiden yang membawa kepada kerosakan pada sebelah wajahnya serta identitinya yang suka meletakkan nasib sesuatu perkara dengan melambungkan duit syiling.



KLIK SINI untuk ketahui lebih banyak info mengenai filem ini.

No comments: