MY FOLLOWERS

Monday, September 29, 2014

Hiburan - The Flash 2014

Kredit kepada: Wiki, Watchseries
Gambar ihsan: Google Images


Assalamualaikum.....




The Flash ialah satu siri baru bakal bersiaran yang dibangunkan oleh penulis/penerbit Greg Berlanti, Andrew Kreisberg dan Geoff Johns, untuk siaran bagi saluran The CW. Sebagaimana watak Batman, Superman dan Arrow sebelum ini, watak ini juga berdasarkan watak keluaran DC Comics iaitu Flash (Barry Allen), watak adiwira berkostum ciptaan Robert Kanigher, John Broome dan Carmine Infantino. Episod pertama siri ini ditulis oleh Berlanti, Kreisberg dan Johns, dan diarahkan oleh David Nutter. Siri ini bakal disiarkan pada 7 Oktober 2014.

Berbeza dengan siri tv ini keluaran 1990 yang bersiaran hanya semusim kerana berdepan masalah pembatalan. Siri kali ini bakal tampil dengan sedikit perbezaan dengan siri dahulu. Antaranya bagaimana sut tersebut dibangunkan dan merupakan spin-off kepada siri Arrow yang sudah bersiaran dua musim. Watak Arrow juga bakal muncul dalam siri berkenaan dan akan ada beberapa episod bersilang (crossover). 


Sinopsis

Selepas menyaksikan pembunuhan ibunya dan bapanya berdepan tuduhan secara salah, Barry Allen dijaga oleh keluarga West. Bila meningkat dewasa, dia berubah menjadi seorang yang bijak dan bekerja sebagai saintis forensik untuk Jabatan Polis Central City. Dalam menjalankan tugas, dia agak obses dengan kejadian pada masa silamnya lebih-lebih lagi berkaitan pembunuhan ibunya. Ini menjadikannya agak terpinggir daripada rakan seangkatannya. Dalam usahanya untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian tersebut dan ingin membersihkan nama bapanya, siasatannya membawa kepada penemuan sistem pemecut zarah keluaran Harrison Wells. Berita mengenai hal ini turut tersebar sehingga ke Starling City dan Barry turut ke sana untuk melakukan siasatannya sekaligus bertemu pasukan Arrow terdiri daripada Felicity, John Diggle dan Oliver Queen. 




Sebaik pulang semula ke pejabatnya di Central City, berlaku letupan besar disebabkan pemecut zarah berkenaan dan Barry dipanah kilat sehingga dia koma selama 9 bulan. Selepas dia terjaga, dia mendapati dirinya kini menjadi metahuman dengan kebolehan memecut. Bukan dia seorang yang memiliki kebolehan pelik ini selepas kejadian letupan itu. Ia terbukti selepas meningkatnya kejadian jenayah melibatkan kuasa pelik di bandarnya.

Dibintangi Grant Gustin, Candice Patton, Rick Cosnett, Danielle Panabaker, Carlos Valdes, Tom Cavanagh,  Jesse L. Martin



Sumber kelajuan:   SINI   |    SINI  |    





No comments: