MY FOLLOWERS

Thursday, November 8, 2012

Berita - Perginya Seorang Lagi Tokoh Ulama...

Kredit kepada: FB
Gambar ihsan: FB


Assalamualaikum......



Satu kehilangan....

Seorang tokoh ulama dan penulis, Maryam Jameela (gambar), telah meninggal dunia akibat kegagalan jantung di sini pada Rabu 31 Oktober 2012 ketika berumur 78 tahun.

Margaret Marcus telah dilahirkan pada 23 Mei 1934 dan kemudiannya dibesarkan di New York, Amerika Syarikat sebagai seorang Yahudi tetapi memeluk Islam ketika berumur 27 tahun selepas kagum dengan tulisan-tulisan al-Marhum Maulana Syed Abul Ala Mawdudi.

Setelah memeluk Islam, dia menukarkan namanya kepada Maryam Jameela dan berhijrah ke Lahore pada tahun 1961, kemudiannya telah berkahwin dengan ahli Jamaati Islami, Yousuf Khan. Beliau kemudiannya telah menumpukan keseluruhan hidupnya kepada penyebaran Islam.

Maryam Jameela telah menulis 34 buah buku mengenai Islam termasuklah buku-buku popular yang bertajuk 'Islam di antara Teori dan Amalan' dan 'Islam dan Orientalisme' yang telah digunakan oleh umat Islam di dunia antarabangsa. Semua tulisan beliau adalah dalam Bahasa Inggeris.

Beliau telah dikebumikan di tanah perkuburan Sunnat Nagar di sebelah petang. Solat jenazah beliau telah diketuai oleh Al-Hafiz Muhammad Idrees.

Pemimpin-pemimpin Islam antaranya Ch Muhammad Aslam Saleemi, Dr Farid Ahmed Piracha, Mian Maqsod Ahmed, Prof Ghafoor Ahmed, Prof Khurshid Ahmed turut bersedih dengan pemergiannya.

Mereka bersepakat bahawa beliau adalah seorang wanita yang hebat yang telah menemui kebenaran serta banyak berkorban dengan perjuangan yang besar lagi mulia ini dengan cubaan meyakinkan umat sejagat bahawa Islam sebagai agama yang praktikal kepada seluruh umat manusia.

Semoga beliau dikurniakan syurga Firdaus bersama para syuhada' solehin dan para siddiqin.

Juga baca : KLIK SINI

Sumber: FB

2 comments:

abdooss said...

Maaf, ini gambar Dr Ingrid Matteson, bukan gambar Maryam Jameelah.
Sumber ; komen oleh cucu Maryam Jameelah, Rina Khan; http://revertoislam.blogspot.com/2011/06/maryam-jameela-converted-to-islam-after.html

BLADE H said...

ok..timakasih! hrp lpas ni kalo ade apa2 yg lebih soheh, sila share lg..

kalo ade mana2 readers nk tau lebih lanjut, sila ke pautan yg geng ni dah bg..tq!